March 15, 2009

Rindu bertemankan rintik hujan

Ketika ini hujan masih lagi turun membasahi bumi..bersama kedinginan malam, aku cuba melelapkan mata, namun aku tak berupaya..tidur ku tak mahu lena, mata ku juga tak mahu pejam...

Kini aku sedar..perasaan aku hari ni..seharian kegusaran, semua tak kena..perasaan rindu bertandang lagi rupanya..kini aku mula mengerti, seandainya aku kegelisahan, hati tak tentu haluan, perasaan sedih menyelubungi jiwa...tandanya aku merindui Mia..

Papa tidur nyenyak lah mia..harus bagaimana untuk mama meluahkan rasa rindu mama pada mia..harus bagaimana untuk mama kejutkan papa..rindu yang bertamu di kala hujan membasahi bumi tidak dapat menyejukkan rasa kehangatan rindu mama pada mia..hari ini mama tak dapat melawan perasaan rindu mama..kali ini mama turut kehujanan bersama hujan yang lembut di luar sana..

Terasa ingin mama melaungkan kerinduan ini tapi hari telah lewat malam sayang..ingin mama kejar mia mama, tapi apakan daya..hati meronta...jiwa bagaikan tersiksa di kala rindu menyapa jiwa..hanya disini mama mampu meluahkan perasaan rindu mama pada mia..anak syurga kesayangan mama.

Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..Engkau Maha Pengasih dan Engkau Maha Mengetahui..sampaikan salam penuh kerinduanku..salam penuh kasih sayang untuk anakanda ku disana..

Ya Allah, Engkau kuatkanlah iman kami..tabahkanlah hati kami ya allah..berikanlah kami kekuatan dan kesabaran untuk kami melalui hari hari mendatang dengan penuh ketaqwaan padaMU ya Allah. Kurniakanlah kepada kami ya allah, anak-anak yang soleh dan solehah..sihat walafiat dan sempurna sifatnya..sesungguhnya Engkau Maha Pendengar dan Pengasih.

Malam ini, tidur mama bertemankan suara rindu mama pada Mia..

2 comments:

Anonymous said...

sesekali bila kita rase rindu tandanya kasih kita tak pernah pudar.. tabahkan hati.. Mia pasti mengerti mamanya selalu menyebut namanya..

Mamanurin said...

yeah!!! semalam hati rasa sedih sgt...nama Mia telah rin jeritkan hehehehe

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...