March 11, 2009

Bleeding vs Period (Menses) Part II

Harus bagaimana untuk aku memulakan bicara..harus bagaimana untuk aku luahkan rasa? wahai hati, bantulah aku untuk meneruskan bicara ini. Aku rasa, hati pun turut merasai apa yang aku rasa sekarang. Satu frasa kesedihan dan kekecewaan.

Sedari awal pagi aku di pejabat, perasaan terasa begitu halus..sebak sangat tanpa ku tahu puncanya..nak kata sebab bleeding vs period (menses) aku semalam, umppp entahlah, maybe ada sikit pertalian darah kat situ...dan perasaan sebak tu berterusan di dalam bilik doctor petang tadi...hujan di luar bangunan berganti di dalam...akhirnya airmata yang aku simpan gugur juga bila berjumpa doktor..

Apa perlu aku tangiskan pada satu kegagalan atau pada satu kekecewaan..kekadang aku terasa begitu penat..tapi adakah sebab ego aku, aku jadi begini..wahai hati berbisiklah pada jiwa..wahai jiwa, balutilah rasa luka ini..

Doktor suruh aku rehat dari segala ubat yg pernah aku ambil...tapi digantikan dengan 2 jenis ubat lain..Aspirin untuk 1 month and Parlodel for 5 days. Another appointment untuk scan pada 21hb. March, 2009...doktor nak tengok perkembangan aku without ubat2 yg pernah aku makan.

Ya Allah hanya padaMU aku berserah..hanya padaMU aku memohon. Tabahkan hati hambaMu ini..kuatkan semangat hambaMU..kurniakanlah rahmatMU padaku.

No comments:

Popular Posts