Lama juga mama tak update blog usang ni, kepenatan yang melanda sejak kebelakangan ini, memang sangat-sangat membataskan keinginan mama untuk berkongsi rasa dan cerita, hinggakan bila sampai rumah je rasa ingin terus tidur.
Mama pergi terjah rumah kawan-kawan mama, cuma jarang meninggalkan jejak sebab mama penat, membaca pun siap tongkat dagu, memang kronik sesangat rasa kepenatan mama bila, saban hari bergelumang dengan kerja, mengejar masa berlarian dalam hujan sebab nak sampai rumah cepat, bersesak-sesak nak masuk dalam monorel sebab tak nak papa tunggu lama kat KL Sentral..belum dicampur monorel buat problem..lagi lama la mama menunggu..
Cerita tentang papa pula, kejap papa sihat kejap tidak. Last week papa demam..loya mengalahkan orang pregnant. Mungkin sebab papa tak lalu nak makan, jadi angin dah penuh badan. Last week juga pergi Setiawan, pergi buat fisio papa, pergi ambik ubat papa kat doctor homeopathy..mama jumpa ibu Aiman dengan Aiman, sangat mulus wajah dia..kemudian terus balik rumah tok ayah..best.
Mama singgah rumah kecil Mia..sgt tenang! mama tak nampak pula jiran baru Mia. Rasa macam tak nak pergi dari situ. Mama rasa macam Mia terloncat loncat gembira sebab mama datang, almaklumlah mama dah lama tak datang jenguk Mia..balik rumah tok ayah, rasa sangat happening sebab ada cousins Mia yang pelbagai ragam, yang sangat suka buat ayat "maklong cantik, maklong wangi, maklong kurus, maklong putih" semata-mata nak bodek mintak main Ipad papa, or nak mintak minyak wangi mama or mintak nak beli buku atau mainan..tapi bila angin tak baik, hilang sudah segala wangi, cantik dsb..timbul ayat "kakak tak kawan maklong, kakak kawan mak ngah, acik, acu", bila sorang berkata macam tu, sure yang lagi 3 orang pun mengikut, sentap jugak maklong dia ni tapi mama tak kisah sebab nama pun budak-budak, mama tetap sayang sebab diaorg anak-anak mama jugak. cousins Mia!
Mama sentiasa menyayangi..always..
1 comment:
updatela blog slalu mama... rindu kat mama!
Post a Comment