Hari ni mama dah start kena makan duphaston. Doctor instruc mama makan ubat dupaston tu bermula jam 8am dan 8pm setiap hari. Ubat ni doctor kata untuk kuatkan rahim. Insyallah moga rezeki dan rahmat Allah bersama mama selalu. Mama ingat lagi, dulu masa arwah kakak Mia (mama dah kena start panggil Mia kakak)mama makan ubat duphaston ni sampai kandungan mama 5 bulan lebih.
Petang semalam mama request papa buatkan sardine roll untuk mama breakfast awal sebab nak kena makan dulu sebelum makan ubat, tapi tadi tgk papa tidur tak sampai hati mama nak loncat-loncat atas katil tu..ummm akhirnya mama buat sandwish tuna aje, senang dan ringkas. Mama breakfast awal dari papa hahahaa nampak pentingkan diri sikit kan? Hehehehe bukan pentingkan diri tapi mama kena cepat sebab nak makan duphaston.
Semalam juga lepas breakfast kat luar, terus pegi One Utama, pergi tambah saham kat Jaya Jusco..dapat kasut dan sandal yg baru. Pastu on the way balik, singgah Kota Damansara sebab nak rasa makan kat Bawal Power..orang tak ramai lagi so cepat dpt..ummm first time nak cuba makan sebab officemate mama kata sedap..ummm dah rasa..ummm so so je rasanya..ikan garing dan panas..ada ulam..kicap campur bawang dgn kuah kari..ummmm bukan taste mama.
Tengahari ni, lunch papa yang masak, dah request dari pagi semalam, mama nak makan ayam masak kicap letak kentang. Marvellous kalau papa masak menu ni. Tak sabar nak makan lagi walaupun baru Khamis lepas papa masak menu ni..papa masak? Yup papa masak sebab mama suka makan bila papa yg masak.
Malam ni satu lagi dos duphaston!
January 29, 2012
January 27, 2012
MC Lagi
Mama masih lagi MC harini. Masih demam dan batuk. Hari ni juga rasa sakit belakang. Nak kata mama baring lama sangat tak juga, mama duduk, mama berdiri dan mama juga berjalan. Semalam pergi clinic sebab rasa mmg tak boleh tahan dengan badan yg lemah, tekak yang gatal bagai nak seluk je kerongkong tu, nak garu. Papa bawak mama kat clinic yang mama suka pergi sebab doctor kat situ baik, friendly caring. Mama tak suka pergi clinic yang bila masuk aje, tanya sakit apa..bila cakap rasa nak demam, suhu tak ambil, tekanan darah tak diambil terus kasi ubat, pastu charge mahal..memang marah betul mama! Clinic yg mama pergi ni, baru tolak pintu masuk dah say hi kat mana, tanya mama how are u..hahahah mula start mengada..
Jumpa doctor terus kata badan macam panas, doctor terus ambik suhu kat telinga, ambik tekanan darah, check nadi,check degupan jantung and check tekak mama. Yeszaaa!!! Mama demam dan kerongkong mama dah merah. Mama bagitahu yang mama baru lepas buat IUI, so doctor bagi juga ubat demam, ubat batuk dan ubat hisap utk tekak. Doctor kata kalau tak boleh tahan baru makan ubat, kalau tak doctor tak galakkan mama makan. Minum air suam banyak-banyak, makan madu..hehehe doctor dah start ceramah.
Tengahari papa ajak makan McD..sekian lama papa nak makan properity burger! nasib baik dekat je McD tu dgn rumah mama so tertunailah impian papa. Mama makan bubur nasi dgn nugget aje. Balik rumah pun dah penat. Layan cerita Putri Yang Ditukar pastu tertidur..
Harini papa pergi dialysis..mama lapar sangat. Tunggu papa balik lambat lagi jadi pelan-pelan mama masak nasi sikit untuk mama,buat sambal tumis ikan bilis, goreng buncis campur telur dgn ayam masak kicap dgn kentang..sekarang dah tersandar kekenyangan..sakit pinggang, sakit perut. Berdenyut denyut je rasa perut ni.
Ya Allah aku mohon rezeki yang terbaik untuk kami, rezeki yang baik untuk kami di dunia dan akhirat.
Jumpa doctor terus kata badan macam panas, doctor terus ambik suhu kat telinga, ambik tekanan darah, check nadi,check degupan jantung and check tekak mama. Yeszaaa!!! Mama demam dan kerongkong mama dah merah. Mama bagitahu yang mama baru lepas buat IUI, so doctor bagi juga ubat demam, ubat batuk dan ubat hisap utk tekak. Doctor kata kalau tak boleh tahan baru makan ubat, kalau tak doctor tak galakkan mama makan. Minum air suam banyak-banyak, makan madu..hehehe doctor dah start ceramah.
Tengahari papa ajak makan McD..sekian lama papa nak makan properity burger! nasib baik dekat je McD tu dgn rumah mama so tertunailah impian papa. Mama makan bubur nasi dgn nugget aje. Balik rumah pun dah penat. Layan cerita Putri Yang Ditukar pastu tertidur..
Harini papa pergi dialysis..mama lapar sangat. Tunggu papa balik lambat lagi jadi pelan-pelan mama masak nasi sikit untuk mama,buat sambal tumis ikan bilis, goreng buncis campur telur dgn ayam masak kicap dgn kentang..sekarang dah tersandar kekenyangan..sakit pinggang, sakit perut. Berdenyut denyut je rasa perut ni.
Ya Allah aku mohon rezeki yang terbaik untuk kami, rezeki yang baik untuk kami di dunia dan akhirat.
January 26, 2012
Mohon rezeki itu
Alhamdulillah..done semalam. Sangat sakit masa doctor pasang spektrum yg mcm mulut itik tu. Berbeza dgn sebelum ni, kali ni siap terjerit masa doctor pasang. Doctor pun siap cakap " z...." doc sebut nama mama..kan dah pernah buat IUI, takkan sakit lagi..uhhh doctor ni, mmg sakit tau sb doc lupa letak something yg sejuk tu agaknya..jawab dlm hati je. Nasib baik ada nurse yg tolong pegang mama..mengalir je air mata sebab rasa nak sangt pregnant, nak sangat berjaya..mulut dan hati tak abis berselawatvnak baca doa nabi zakaria..amin amin ya rabbillalamin..kasihani kami yg lemah ini Ya Allah..
Mama harap Allah terus berikan rahmat pada mama dan papa dengan kurniaan yg sangat mama dambakan. Semalam terus mama demam, perut mcm cramp je. Harini pun mama still medical leave, baring tunggu papa balik dari servis kereta, sebab 1hb. February nanti anniversary kami yg ke 9..mama cakap nak pergi Cameron..arini cramp kat perut dan rasa menyucuk kat ari-ari macam dah kurang sikit tapi mama dok baring je ni sambil buat entry ni guna Ipad. Tak rasa sangat klu baring.
Mama harap Allah terus berikan rahmat pada mama dan papa dengan kurniaan yg sangat mama dambakan. Semalam terus mama demam, perut mcm cramp je. Harini pun mama still medical leave, baring tunggu papa balik dari servis kereta, sebab 1hb. February nanti anniversary kami yg ke 9..mama cakap nak pergi Cameron..arini cramp kat perut dan rasa menyucuk kat ari-ari macam dah kurang sikit tapi mama dok baring je ni sambil buat entry ni guna Ipad. Tak rasa sangat klu baring.
January 24, 2012
IUI Tomorrow 25/1
Hari ni badan rasa lemah sgt sebab makan byk sgt mee rebus..mama masak sendiri. Nak makan yang maktok masak, mama tak balik kampung, rasa? memang tak sesedap maktok masak.
Hari ni perut kembung dan tak sedap. Mungkin kesan suntikan ubat yang mama ambil kebelakangan ni untuk treatment mama. Esok ada procedure IUI dan mama supposed kena kerja tapi tak apa, sure mama dapat MC kan, lagipun dah rasa nak demam dah ni.
Kawan-kawan, tolong DOA kan mama yer. Doakan mama berjaya dalam usaha mama kali ini. Doakan mama dapat mengembirakan papa, maktok serta tokayah. Supaya mereka dapat tersenyum dengan lebih bermakna.
January 23, 2012
Doakan Mama..Cost
Lagi 2 hari mama nak kena buat IUI, hoping semua berjalan lancar dan mama juga berjaya sepertimana kawan-kawan mama yang lain. Sangat gembira bila Ummi dah selamat melahirkan anugerah yang paling bererti bagi ummi dan walid, tumpang happy juga sebab mummy pun dah berjaya pregnant. Sangat suka!!! alhamdulillah, moga mama pun dapat turuti jejak jejak langkah mereka. Doakan mama yer.
25/1 for IUI. Costing RM350 |
3rd. appointment. Costing RM330.70 |
2nd appointment. Costing RM552.40 |
1st. appointment. Costing RM135 and RM190 (HSG) |
Suntikan
Happy Chinese New Year!! cuti panjang ditemani hujan dipagi hari, sangat tenang dan sangat best untuk tarik selimut lagi kan. Oh! mama dengan papa tak balik kampung sebab tak larat nak berbaris atas highway, tak larat nak jammed berjam jam atas jalan. Lagipun papa ada dialysis hari ni jadi rasa macam tak berbaloi nak balik, penat belum hilang dah kena balik KL. Disebabkan tak rancang nak balik, mama tak booking dialysis centre kat rumah maktok tu, kalau tidak sure ok je kan kan kan.
Appointment Card |
Jumaat lepas mama ada appointment untuk scan ovum mama. Alhamdulillah, semuanya nampak ok. Belah kanan ada 3 biji, dan belah kiri pun ada 3 biji. Doctor K tambahkan ubat Gonal F untuk mama lagi dengan dos150IU. Doctor kata, boleh buat IUI 25/1 ni. Alhamdulillah seronok mama dengar.
Gonal F. Total dos dah suntik 600IU (150IUI x 4 times) |
Last dos untuk papa suntik mama, tetiba papa jadi macam fobia, tak tahu punca, sampai nak cabut penutup jarum pun tak lepas, kena pula mama yang buat, mama tolong tarik penutup jarum pun papa tak tengok sebab papa kata ngilu. Pelik la papa ni, selama mama buat treatment, cucuk menyucuk ubat kat mama ni, papa yang lakukan. Dah selesai mama tarik penutup jarum, papa kenalah inject perut mama kan, nak ketawa pun ada, nak marah pun ada tapi lebih banyak kesian kat papa, memang nampak macam fobia je papa, sambik dok tekan jarum kat perut mama, mulut papa dok istighfar je, bila tekan ubat pulakpunyer la kuat papa sebut Allahuakhbar!! mencari kekuatan nak cucuk wife dia. Alhamdulillah papa berjaya.
Mama rasa, papa jadi macam tu sebab last week masa cucuk mama, bahagian yg dicucuk jarum tu, merah..agaknya sebab tu papa jadi macam fobia. Tapi macam cute sangat bila papa macam ala-ala ngilu gitu. Malam ni kena inject ubat pecahkan telur pulak..huhuhuuu minta minta papa steady. Mama tak berani nak cucuk diri sendiri, tapi mama berani cucuk papa hehehee.
Pregnyl untuk malam ni |
January 22, 2012
Muka Happy
Sangat happy!! sebab mama suka dengan rumah pink sweet gegiler ni! Thanks to Zalin sebab tolong mama dapatkan rumah comel ni. Mama tak kisah kalau ada orang lain tak suka rumah comel mama ni tapi mama suka sangat-sangat. Sekarang mama tengah belajar nak jadi pandai dalam kerja kerja macam ni.
January 19, 2012
Kongsi Rasa
Hari ni perasaan mama bercampur baur gembira sampai rasa nak meloncat loncat, teruja hingga rasa nak menjerit sekuat hati dan speechless sesangat!!! Mira mama nak kongsi rasa teruja mama!! Ya Allah, permudahkan segala urusan hambaMU ini serta hamba-hambaMU yang lain. Membaca entry Mira dengan linangan airmata, DIA perkenankan doa, diberikan dua anugerah yang terhebat. Subhanallah, Allah Maha Besar dan Penyayang.
Membaca entry kawan blog mama juga, benar-benar membuatkan mama rasa dihargai, rasa sangat berbesar hati..sebak melanda, walaupun hanya kenalan di alam maya namun hati seorang ibu sangat erat kasihnya. Terima kasih Mama Damia dan Hannah sebab nak kasi mama pinjam Hannah..ni entry yang mama Hannah buat http://mrsboxz.blogspot.com. Insyallah, andai diizinkan Allah, mama pasti kesana..pasti mamanurin jenguk Hannah. Mama harap Hannah akan lebih kuat, tak menangis selalu, kesihatan bertambah baik. Hannah anak yang baik macam kakak Damia, sudah tentu dia akan buat ibu dia senang hati..kita doa banyak2 yer mama Hannah.t
Kisah mama pula, alhamdulilah kerja mama berjalan lancar, mama happy dengan apa yang mama lakukan, bermain dengan angka-angka selalu. Kekadang rasa macam tak memcabar langsung sebab maybe mama dah jadi sangat terror tapi mama tak berapa kisah sebab situasi mencabar akan berlaku pada akhir minggu dan hujung bulan!!! sangat suka bila ada yang tak balance!! cabaran bermula dengan mencari punca tak balance!!!
Esok mama harap, ovum mama ada banyak dan besar. Hoping juga, doctor dapat bagi mama date untuk mama dan papa berkasih sayang (lembut sikit kan bunyi ayat ni kan). Cuti Tahun Baru Cina pun dah bermula, tak tahu nak buat apa and pergi mana..papa belum lagi ajak balik kampung..tunggu dan lihat.
January 15, 2012
Bermula lagi
nurse cuba ambil kat sini..kiri dengan kanan ~ failed! |
ni pun sama failed kiri dan kanan |
ini kiri..ada tiga bekas, 2 nurse buat tapi failed..last sekali doctor buat br ok |
Telah bermula treatment mama end of the year 2011 dengan sesi ujian darah untuk mama dan papa serta SA papa. For the first time, nurse tak boleh nak sedut darah mama, kiri kanan tangan kena cucuk lengan dan belakang tapak tangan tu..sakit sangat, tambahan pula kat tempat yang tak byk isi tu..dah 6 kali nurse cucuk, abis sorang nurse tak lepas, nurse lain pula yang cuba..sebab takut mama marah, akhirnya nurse mintak tolong Doctor G yang ambik darah mama..mama tak marah pun nurse sebab mama tahu kekadang ada hari-hari yang tak begitu baik untuk diaorang, sama juga macam mama kan. Lega bila darah dah dapat. Hari ke 10 period, mama kena pergi buat HSG. Nasib baik mama orang pertama, so memang sakit sikit sebab nurse kasar, lepas tu bila keluar lagi lah tunjuk muka sakit kat papa tambah lagi sebab ada seorang lagi yang nak buat macam mama..kasi syco sikit heheheh. Mama start balik treatment kat LPPKN under Doctor K. Dulu masa treatment kat sini, mama dapat pregnantkan Mia setelah 3 kali IUI. Mama sangat berharap kali ini mama dengan papa berjaya.
Last Friday adalah appointment pertama mama dengan Doctor K untuk first cycle. Tapi disebabkan ada public holiday untuk Tahun Baru Cina, maka IUI mama tak dapat dilakukan untuk this cycle. Mama kena cuba normal dulu dengan bantuan ubat Clomid yang perlu dimakan 2 biji sekali makan untuk 5 hari dan suntikan Gonal F dgn dos150iu yang perlu di suntik di perut sekali sehari berselang hari selama 3 hari. Lama sangat dah tak buat sesi cucuk menyucuk ni. Moga Allah permudahkan usaha mama dan papa. Jumaat ni ada appointment lagi dengan doctor untuk scan nak tengok telur tu ok ke tidak.Time tu juga doctor akan bagitahu hari apa yang terbaik untuk bersama. Hahahah time ni macam nak tidur hotel la pulak.
Berkongsi Sayang
Masih di bulan January, masih terasa New Year yang disambut seluruh dunia. Mama masih juga busy dengan kerja di office, masih juga busy dengan kerja dirumah walaupun sebenarnya tak ada sangat pun kerjanya. Mungkin mama memang sengaja busykan diri.Weekend pula mama dengan papa jarang sangat ada kat rumah, kadangkala pergi tengok wayang, main bowling, jalan-jalan cari makan or paling teruk window shopping..bosan berdua aje, so bila keluar ramai orang kan.
Sabtu last week, mama ada interview dengan Orphancare kat PJ. Setelah first interview mama tak dapat pergi, tak sangka masih ada rezeki untuk mama lagi. Sangat seronok dan teruja serta takut pun ada. Alhamdulillah, setelah isi segala maklumat yang diperlukan. Ada satu part, kena isi tentang anak yang tinggal bersama..aduh sangat sakit! macam mana nak isi..so mama biarkan..sampai la interview, dah sembang macam-macam, mama baru mention yang mama pernah pregnant, pernah gugur dan pernah ada baby..masa tu airmata dah bergenang..dah siap pegang tangan papa mencari kekuatan..entah kenapa, setiap kali cerita itu dibuka, mama jadi sangat sedih..yang interview mama pun terkejut!! sebab tak sangka mama dah nangis..
Hoping mama dan papa dapat pergi second interview nanti. Bila dah dapat second interview, lagi mencabar rasanya soalan-soalan yang perlu dihadapi. Hoping emosi mama juga akan lebih kuat.
just want to share my love |
January 13, 2012
Simple
Rasa macam sekarang mood mama nak menulis aka menaip kat blog sendiri pun mama dah kurang sikit, opss bukan kurang tapi tak sempat. Balik kerja penat sangat nak mengadap laptop. Melawat kengkawan blog pun mama tak tinggalkan jejak, jengket jengket je pi tengok rumah orang hehehe.Hoping keadaan akan jadi normal kembali, agar mama dapat meluahkan apa yang tersirat dan tersurat dihati mama. Mama berharap mama akan dapat berkongsi cerita suka dan duka mama. Tunggu yer dengan penuh kesabaran.
January 1, 2012
Spoil
Pembuka tirai ditahun baru, semalam mama tidur lambat bukan sebab pegi tengook bunga api or konsert tapi sebab mama tak boleh nak tidur. Mama layan tengok tv sensorang sebab papa dah tidur. Actually papa tu merajuk dengan mama. Merajuk sebab apa, sebab kata mama tak nak garu belakang dia. Ishhh mama dah garu siap papa tidur lagi . Bila dah tidur, mama stoplah kan garu, tu pun nak merajuk. Baru masuk tahun baru dah buat hal. Jadi hari ni mama, bangun buat breakfast cucur bawang atas permintaan papa yang hampir seminggu dok mintak, still silent lagi, mama layan baca buku. Tak ada mood. Inilah entry yang tak begitu memberangsangkan sebagai pembuka cerita tahun dan hari baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...