Happy Chinese New Year!! cuti panjang ditemani hujan dipagi hari, sangat tenang dan sangat best untuk tarik selimut lagi kan. Oh! mama dengan papa tak balik kampung sebab tak larat nak berbaris atas highway, tak larat nak jammed berjam jam atas jalan. Lagipun papa ada dialysis hari ni jadi rasa macam tak berbaloi nak balik, penat belum hilang dah kena balik KL. Disebabkan tak rancang nak balik, mama tak booking dialysis centre kat rumah maktok tu, kalau tidak sure ok je kan kan kan.
Appointment Card |
Jumaat lepas mama ada appointment untuk scan ovum mama. Alhamdulillah, semuanya nampak ok. Belah kanan ada 3 biji, dan belah kiri pun ada 3 biji. Doctor K tambahkan ubat Gonal F untuk mama lagi dengan dos150IU. Doctor kata, boleh buat IUI 25/1 ni. Alhamdulillah seronok mama dengar.
Gonal F. Total dos dah suntik 600IU (150IUI x 4 times) |
Last dos untuk papa suntik mama, tetiba papa jadi macam fobia, tak tahu punca, sampai nak cabut penutup jarum pun tak lepas, kena pula mama yang buat, mama tolong tarik penutup jarum pun papa tak tengok sebab papa kata ngilu. Pelik la papa ni, selama mama buat treatment, cucuk menyucuk ubat kat mama ni, papa yang lakukan. Dah selesai mama tarik penutup jarum, papa kenalah inject perut mama kan, nak ketawa pun ada, nak marah pun ada tapi lebih banyak kesian kat papa, memang nampak macam fobia je papa, sambik dok tekan jarum kat perut mama, mulut papa dok istighfar je, bila tekan ubat pulakpunyer la kuat papa sebut Allahuakhbar!! mencari kekuatan nak cucuk wife dia. Alhamdulillah papa berjaya.
Mama rasa, papa jadi macam tu sebab last week masa cucuk mama, bahagian yg dicucuk jarum tu, merah..agaknya sebab tu papa jadi macam fobia. Tapi macam cute sangat bila papa macam ala-ala ngilu gitu. Malam ni kena inject ubat pecahkan telur pulak..huhuhuuu minta minta papa steady. Mama tak berani nak cucuk diri sendiri, tapi mama berani cucuk papa hehehee.
Pregnyl untuk malam ni |
No comments:
Post a Comment