January 27, 2012

MC Lagi

Mama masih lagi MC harini. Masih demam dan batuk. Hari ni juga rasa sakit belakang. Nak kata mama baring lama sangat tak juga, mama duduk, mama berdiri dan mama juga berjalan. Semalam pergi clinic sebab rasa mmg tak boleh tahan dengan badan yg lemah, tekak yang gatal bagai nak seluk je kerongkong tu, nak garu. Papa bawak mama kat clinic yang mama suka pergi sebab doctor kat situ baik, friendly caring. Mama tak suka pergi clinic yang bila masuk aje, tanya sakit apa..bila cakap rasa nak demam, suhu tak ambil, tekanan darah tak diambil terus kasi ubat, pastu charge mahal..memang marah betul mama! Clinic yg mama pergi ni, baru tolak pintu masuk dah say hi kat mana, tanya mama how are u..hahahah mula start mengada..

Jumpa doctor terus kata badan macam panas, doctor terus ambik suhu kat telinga, ambik tekanan darah, check nadi,check degupan jantung and check tekak mama. Yeszaaa!!! Mama demam dan kerongkong mama dah merah. Mama bagitahu yang mama baru lepas buat IUI, so doctor bagi juga ubat demam, ubat batuk dan ubat hisap utk tekak. Doctor kata kalau tak boleh tahan baru makan ubat, kalau tak doctor tak galakkan mama makan. Minum air suam banyak-banyak, makan madu..hehehe doctor dah start ceramah.

Tengahari papa ajak makan McD..sekian lama papa nak makan properity burger! nasib baik dekat je McD tu dgn rumah mama so tertunailah impian papa. Mama makan bubur nasi dgn nugget aje. Balik rumah pun dah penat. Layan cerita Putri Yang Ditukar pastu tertidur..

Harini papa pergi dialysis..mama lapar sangat. Tunggu papa balik lambat lagi jadi pelan-pelan mama masak nasi sikit untuk mama,buat sambal tumis ikan bilis, goreng buncis campur telur dgn ayam masak kicap dgn kentang..sekarang dah tersandar kekenyangan..sakit pinggang, sakit perut. Berdenyut denyut je rasa perut ni.

Ya Allah aku mohon rezeki yang terbaik untuk kami, rezeki yang baik untuk kami di dunia dan akhirat.

2 comments:

MommyAqil said...

InsyaALLAH semoga doa Mama termakbul...Mama Take a really gud care tau!!mish u..

Min @ Mama Dhia Farhah said...

Semoga mamnurin cepat sembuh dan IUI kali ni berjaya menjadi zuriat sehingga selamat dilahirkan dengan sihat sempurna...Erm,just info, kalau batuk,sakit tekak elakkan makanan berminyak, pedas..Batuk kalau tak mau makan ubat blh minum madu yang dibancuh dengan limau nipis suam segelas..insyaAllah,lega cepat..

Popular Posts