June 2, 2012

Crutches Papa


Sekejap aje dah pertengahan tahun, rasa macam baru aje melewati bulan December. Tak banyak aktiviti mama since papa pun tak sihat. Kaki papa masih lagi sakit but better dari last two weeks. Memang sangat tak menggembirakan bila papa sakit sebab papa asyik terperap dalam bilik gara-gara tak boleh nak stayed lama-lama kat kerusi, kaki nak kena lunjur aje kalau tidak rasa lenguh sangat.Lama sangat tak pergi shopping sebab nanti susahkan papa nak jalan, mama pendamkan rasa nak beli baju hahaha..lama juga tak makan-makan kat luar dengan papa, mama pendamkan juga. Cepatlah papa sihat!!! Papa pun dah  comot!!!

Papa guna yg ini
Crutches ni, mama tak beli, papa pun tak beli tapi jiran sebelah rumah maktok yang kasi pinjam. Terima kasih yer Ummi!! Ummi ni ada diabetic dan sekarang guna wheel chair sebab kaki dah kena potong sebelah. Dulu maktok jaga anak Ummi ni bila ummi pergi kerja. Cucu ummi pun maktok jaga. Sekarang anak ummi yang bongsu pun kat UIA dan cucu ummi pun dah sekolah darjah 4. Kami dah macam sedara. Ummi kata kat papa, gunalah crutches tu sebab ummi tak guna pun. Insyallah ummi, kami pulangkan bila papa dah ok yer.

Sangat bahagia di kelilingi keluarga yang mengambil berat dan juga jiran yang baik hati. Mama teringat kata-kata maktok, berbaik-baik dengan jiran!!!

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...