June 30, 2012

New Hero

Minggu lepas juga mama dapat anak sedara lagi. Kali ini, anak sedara lelaki!! so sekarang family kami dah bertambah seorang lagi hero!! Iman Harith dah tak boleh berbangga konon dialah satu satunya cucu lelaki mak tok dan tok ayah. Mama? alhamdulillah, masih dapat tumpang rasa kasih dan bau baby adik sendiri kan, gembira sangat walaupun hati masih lagi berkata andai mama yang meraikan kelahiran anak sendiri, lagi bahagia jadinya.

Baby boy ni lahir 22hb. June, 2012 jam 8.10 malam dengan berat 3.84kg! adik mama bersalin normal. Awal sehari dari birthday Aqilah sepupunya. Nampak gayanya, baby memang tak bagi peluang mummy dia pergi second test under SPA Malaysia. Supposed on 23rd. esoknya ada test di Perak tapi apakan daya, maybe bukan rezeki adik mama kan.

Inilah hero mama yang mama nak tumpang sayang, tumpang cium, tumpang gomol-gomol. Sejak dari perut lagi mama and others panggil dia Omar Dean but papa kata, before Omar tu ada another nama but papa lupa apa yang mummy and daddy Omar ni registerkan. Paling bangga and paling sweet sekali tentulah kakak si boboy ni, Mya Sara..first time tingok adik, mulut becok bercakap kat mummy dia "eeee baby Omar dah keluar dari perut mummy"

fresh fromthe oven ~ rambut cacak nurse buat
am a proud maklong
second day ~ tahu aje tengok camera
hari ke empat ~ saya belum mandi lagi
Mama rasa, walaupun belum ada rezeki untuk mama dan papa untuk berkongsi rasa gembira dengan kehadiran insan comel, tapi kami tetap teruja dan gembira dengan kehadiran mereka didalam keluarga besar kami. Walaupun bertambah budget untuk raya tahun ni, tapi mama  dan papa tak kisah. Tak sabar rasanya nak gi shopping baju diaorang.


No comments:

Popular Posts