Mama selalu jenguk rumah ni, selalu blogwalking blog kawan-kawan, selalu membaca entry kalian tapi sangat jarang tinggalkan jejak sebab mood malas datang, mood rajin menghilang. Lately ni, mama sangat sibuk. Ummm sibuk sangat la tu -:( *wink wink wink*
Banyak sangat benda yang nak kena uruskan, papa yang kekadang sihat dan kekadang kurang sihat, kerja kat pejabat yang kekadang banyak dan kekadang buat-buat banyak tapi paling ketara sibuknya mama ialah kerana sibuk ambil kunci rumah baru!! sibuk buat defect checking, tanda tempat-tempat yang tak cantik pada pandangan mata mama. Sangat-sangat teruja!!! saban hari nak singgah tengok rumah ni, sebab dah ada kunci. Papa mula tu macam tak puas hati juga lah kan sebab mama asyik nak pergi tengok aje tapi keterujaan mama tu kenalah layan hahahaa..
Kawasan rumah baru ni dalam kawasan yang sama dengan rumah yang kami duduki sekarang cuma rumah baru ni area depan, kawasan baru. Sengaja mama dengan papa cari area yang sama sebab senang nak balik Perak!!! dekat 2 highway!! mama tak mampu nak beli rumah dekat kawasan KL nun..mahal sangat.
Yes!!! time tu check defect!! |
ohhh!! nak poket doraemon |
pening kejap nak design |
Moga Allah terus permudahkan mama dan papa dalam segala perancangan kami. Moga rumah baru ini diberkati Allah, moga akan ada suara suara anak-anak kecil mama dan papa. Rumah sekarang? ummm mama masih tinggal lagi kat situ tapi tak pasti lagi nak sewakan or nak jual sebab tu rumah papa so keputusan kenalah papa buat.
No comments:
Post a Comment