Semalam mama dgn papa sarapan merangkap makan tengahari kat luar sebab nak pergi bank membayar hutang piutang. Ohhh!!! banyaknya hutang!!!
Lepas bayar hutang, pergi beli barang dapur dekat Jusco /Aeon One Utama. Sekarang dah dua kali sejak bulan lepas, kebanyakkan barang dapur mama beli dekat pasaraya diaorang, murah siap ada diskaun sebab card member. Nanti dapat voucher lagi bila dekat dekat hujung tahun. Patutlah ramai chinese yang shopping kat situ. Harini beli sabun membasuh dapat diskaun RM3 lagi..mama tak check tapi papa yang bagitahu malam tadi lepas tengok resit! Heheehe..
Lepas shopping, mama ziarah kakak papa yang tinggal dekat PJ nun. Kakak ipar mama nampak makin sihat berbanding sebelumnya.
Balik dari PJ singgah Kota Damansara lagi sekali sebab mama tengah giler nak berkebun!!! Hahahaha dapat pokok yang mama sangka pokok kemboja tapi rupanya nama pokok tu Jasmine Thai..tu kat atas warna putih. Entah kenapa mama suka sangat warna putih. Lepas tu nampak pokok warna warni, mata lagi teruja!! Papa dah siap cakap nanti kereta tak muat sebab kereta kecil aje kan..mama nak jugak!!alaaaa boleh je sumbat!! Dapat pasu kecil bulat 3 biji..dapat tong putih yang kat atas tu dua dan pokok bunga lapan!!!
Cantik tak? Minggi depan nak pergi lagi..