October 29, 2013

Bila Tiada Lagi

Semalam mama mulakan hari pertama bekerja tanpa papa sepanjang perkenalan mama hinggalah saat terakhir papa. Rasa hiba bila tiada lagi perbualan di pagi hari, tiada lagi tabiat mama memegang tepi poket seluar papa kala papa drive, tiada lagi ciuman di dahi dan pipi bilamana mana menyalaminya. Terasa sangat janggal! 

Hari pertama berkerja, mama sangat tekun. Asyik menunduk membuat kerja sebab rasa rendah diri kerana mama kehilangan sebelah tangan dan kaki yang selalu membantu mama untuk bangun kembali kala mama hampir tersungkur. Memang terasa sunyi office mama mungkin kerana masing masing masih terkejut dengan pemergian papa.

Ada masa airmata masih lagi berlinangan bila ada teman teman lain memeluk mama. Rasa sayu, rasa sakit kehilangan itu sukar digambarkan. Tiada lagi sms..tiada lagi panggilan telefon bertanyakan "mama buat apa" "mama dah makan" dan tiada lagi sms kala papa tengah dialisis mengadu tentang penatnya kena duduk dan baring, tentang sakit bontotnya sebab duduk lama dan juga tentang tekanan darah papa yang kekadang cantik kekadang rendah.

Tiada lagi mama terkejar kejar nak balik dari office sebab tak nak papa tunggu mama. Tiada lagi kedengaran suara papa berkata "eeeee tak sabarnya nak sampai rumah, tak sabarnya nak tengok si mata bulat papa". Tiada lagi kelibat papa di dapur melulu terus memetik suis cerek untuk memastikan Qaseh mempunyai bekalan air panas. 

Kini, tiada lagi perebutan remote Astro dengan papa. Papa suka tengok rancangan masakan dan mama pula kekadang suka melayan cerita Korea jadi siapa yang dapat pegang remote memang heaven sungguh. Tapi yang paling mama suka, mama dan papa sangat suka siri penyiasatan dan action. Masa tu tiada lagi acara menyorok remote.

Papa, mama masih lagi merindui papa. Sangat merindui!!

4 comments:

CIK PUAN TIPAH said...

setiap kali baca entry mama..saya akan menangis. Sukar nak digambarkan kehilangan orang yang kita sayang.

Mama, tabah yek. Moga mama akan bertemu papa bersama mia di syurga nnt.

umimiqdad said...

Memang betul kita akan sentiasa merindui dan tetap merindui org yg kita sayangi...

~MommyAqilMedina~ said...

Mama tabah dan sabar ye..InsyaALLAH mumy tau Mama kuat untuk hadapi kehilangan ini..Turn mumy pun akan tiba jua nanti cuma tak tau bilakah waktunya..Semoga Qza akan menjadi penguat semangat mama untuk menghadapi hari2 mendatang..

hainom OKje said...

Hanya tinggal kenangan....

Popular Posts