October 31, 2013

Tentang Cinta Hati Dia





Papa, inilah gambar terakhir papa ambil sebelum papa pergi tak kembali keesokkannya. Gambar inilah yang membuatkan papa ketawa dengan keletah pengarang jantung papa tu. Comot kan dia. Dia sangat merindui papa.

Hari pertama papa pergi, dia telah jatuh sakit papa, susu tak nak minum..tidur tak nyenyak dan dia kena cirit birit. Kesian sangat papa sebab mata dia melilau lilau mencari papa. Mencari wajah kesayangannya. Mencari bau papa.

Demi dia papa, mama cuba menjadi kuat. Demi cinta hati papa, mama cuba kuatkan diri kerana pada dia ada papa. Dialah hadiah yang paling berharga dari papa untuk mama. Hari ini mama tak boleh mengaji sebab mama uzur. First time uzur tanpa papa.

4 comments:

Cik Cammy Lia said...

comey anak sis...Semoga dia menjadi kekuatan utk sis teruskan hidup..

Rizziela said...

Kesian Qaseh..mesti dia hairan kenapa papa tak dukong2nyer kan

hainom OKje said...

Tinggalan sebagai kenang kenangan....

Anonymous said...

Apa khabar Qaseh agaknya..harap Qaseh sehat & kuat mcm mamanya..

Popular Posts