October 31, 2013

Tentang Airmata Rindu

Allahuakhbar!!!

Papa...mama rindu sangat..maafkan mama papa sebab mama menangis. Mama tak boleh tahan. Mama rindu sangat.


Biarkan mama menangis kejap yer papa supaya mama tak rasa sakit sangat rindu itu, supaya mama tak rasa pedih sangat kehilangan itu walaupun hakikatnya sangat sakit.

Papa tahu mama sangat sayangkan papa kan..kita selalu bergaduh sebab masing masing nak cakap rasa sayang kita..papa selalu cakap papa sayang mama lebih dari mama sayang papa..mama pun selalu cakap mama yang sayang papa lebih dari papa sayang mama..kini mama tahu papa yang lebih sayang mama sebab bila papa tak ada, mama lost..mama macam budak kecil yang baru belajar..

Allahuakhbar..Ya Allah, ampuni dosa dosa suamiku Ya Allah..rahmati dan tempatkanlah suami dikalangan orang yang beriman..selamatkanlah suamiku Ya Allah dari siksaan kubur dan neraka kerna sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

Rina said...

assalamualaikum mama nurin, sesungguhnya lidah jadi kelu apabila ingin memberi komen pada entry mama, sebab hati ini sebak, tak dapat membayangkan kesakitan mama. Sesungguhnya ujian ini amat berat kan,mama? Sebagai seorang isteri saya amat memahami perasaan kehilangan mama tu. Tapi mama, hidup perlu diteruskan. kaki perlu terus melangkah. Demi Qaseh mama perlu meneruskan perjuangan mama. Kami semua di sini ada untuk menyokong dan menjadi tempat mama meluah perasaan. Semoga kami rakan2 blogger di sini sedikit sebanyak dpt membantu mama..insyaalllah!

Safiyyah said...

Ya Allah...saya baru je tau tentang kehilangan ni.
Sedihnya hati saya, hanya Allah yg tau.
Saya harap mamanurin tabah dan kuatkan semngt utk meneruskan hidup di dunia yg hanya pinjaman ni.
Takziah dari saya.

Popular Posts