November 3, 2013

Tentang Pertama Kali Bila..

papa tiada..pagi ni mama baru start masak sarapan itu pun sebab terpaksa kerana adik adik yang menemani mama dari pagi semalan sedang nyenyak tidur. Semalam diaorang yang readykan breakfast sampai makan malam. Mama langsung tak buat apa.


Terketar-ketar dan menggigil rasanya bila nak masak. Rasa sebak sangat papa. Terasa sungguh bila papa tiada. Sunyi rasa dapur mama.


Benar sungguh papa, bergenang dan menitis airmata bila terpaksa memasak terutama bila melibatkan nasi goreng. Papa sangat suka nasi goreng yang mama masak walaupun orang kata nasi goreng potong getah. Cuma ada cili api yang di tumbuk dengan bawang putih, telur dan ikan bilis. Papa tentu nakan dengan berselera. Rindu nak tengok papa makan.


Hari ini angah datang dari Ipoh naik ETS. Sepatutnya kita kena pergi ambil adik ipar mama kat KLIA esok kan..dulu kita hantar tapi kali ini, papa tak ada nak sambut dia..allahuakhbar!!! sedihnya mama papa..menitis-nitis airmata bila mama menaip entry ini..rasa sakit sangat kehilangan itu.


Papa, Qaseh kesayangan papa yang mata bulat tu dah boleh duduk

Dia tak merangkak papa, terus duduk. Papa tentu teruja sangat kalau papa tengok dia. Papa tengok kami dari jauhkan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

1 comment:

Anonymous said...

Saya yg cuma membaca & tgk gambar anak yg x mengerti apa2 pon berjurai air mata apa lg mama yg menanggung..semoga papa Qaseh ditptkn dikalangan org2 yg beriman..semoga mama Qaseh & Mia tabah setabah2nya mengharungi kehidupan seharian..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...