June 13, 2010

Ketika Terpandang..Terkenang..

Pagi tadi aku temankan hubby pergi dressing carbuncle operation dia kat hospital sg.buloh..lepas dressing settle, aku tanya hubby, ok ker..sakit tak? and hubby kata tak sakit tapi ada darah..but nurse kata bila ada darah tu kira luka tu ok..and lubang carbuncle operation tu pun dan makin kecil..

Lepas tu, we all pergi makan kat cafetaria..uhhh lapar tu sebab lum breakfast lagi..makan nasi..kira breakfast merangkap lunch hahahah malas ler pulak balik nak masak..lepas makan terus nak balik, cuaca kat luar tu dah panas sangat..

Sampai kat parking, uhhh!!! memang panas terik..tapi mata aku tetiba terpaku pada satu family ni..dari jauh aku terpandang mereka..cuma bertiga..seorang wanita tua yang aku rasa nenek dan juga seorang lelaki tua, dah tentulah datuk serta seorang lelaki..di bahu lelaki tersebut tersangkut kain pelikat yang diletakkan di bahu..baru ku sedar, lelaki tersebut sedang menggendong baby..baby yang telah menyahut panggilan Ilahi..dan mungkin itulah ayah baby itu..

Aduh!! sedihnya..mata masih melihat mereka..mungkin sedang menunggu kenderaan untuk membawa pulang baby tersebut utk dikebumikan..saat itu, aku rasa ingin berlari ke arah mereka..untuk memberitahu mereka yang mereka perlu kuat untuk mengharungi "kehilangan" itu..dan yang paling sedih aku rasa, bagaimana keadaan ibu baby tersebut..tentu ibu itu dalam kesedihan yang amat sangat sebab tak dapat menghadiri persemadian baby yang dikandung selama ini..

Ketika itu, airmata bergenang sebab teringatkan saat terakhir baby mia ku..,masih terasa sakitnya hati bila wayar penuh satu badan..saat dia membuka mata untuk pertama kali dan terakhirnya..saat dia menggenggam erat jari papanya..syahdunya..betap sucinya dia sebagai bidadari syurga..missed u mia!!!

7 comments:

Noina said...

Walaupun belum pernah merasai kehilangan tetapi kehilangan Alanna memberi kesan besar pada saya..
Alfatihah buat arwah Mia dan juga Arwah Alanna..

MeMoRi Di HaTi said...

alfatihah..ya noina, sampai sekarang pun mcm fobia je bila tgk anak2 kecil yang sakit..baby2 yg kena buang..terasa sakit kat dlm hati ni susah nak cakap..

Nurul Aznil said...

salam,

hm... sayu

MeMoRi Di HaTi said...

hmmm a'ahhh..sedih sgt pagi tadi masa terserempak dgn family tu..rasa macam nak gi temankan tapi hubby mcm berat je sebab agaknya dia tak nak rin bertambah sedih tapi dlm2 enggan tu, siap salah kuar parking tu..no entry pun masuk hehehe..insyallah arwah hero Ewan tentu baik kat sana..harap2 dia sudi kawan dgn adik mia dia heheheeh

zalin said...

sabar mamanurin..tabahkan hati..

Rizziela said...

Insyallah Mia pasti ramai kawan yg baik2 dengan mia kat sana..

MeMoRi Di HaTi said...

thanks zalin..insyallah ziela..a'ahhh dia mesti gumbira dengan kengkawan dia kata sana..dulu selau gak mimpi dia main buaian..

Popular Posts