Malam ni aku sukar pula nak melelapkan mata..adakah kerana aku telah minum air kopi or terlebih tidur di siang hari? hajat nak tidur awal sebab esok dah start kerja tapi..uhhhh!! penatlah macam ni.
Minggu ni terlalu banyak news yang keluar..dalam demam bola, kita dikejutkan pula dengan kekejaman manusia yang berhatikan binatang..adakah patut bantuan kemanusian disekat dan dirampas..insan-insan yang berhati mulai ditembak dan dilayan sebegitu rupa!! sedihnya hati...bertakung airmata aku bila tengok news di kaca tv..sebaknya hati...berjuanglah wahai insan!! damailah engkau di sana wahai mujahid.
Cuti sekolah telah bermula, hoping kat jalan raya tu pun tak lah banyak kenderaan esok..tinggal dan bekerja di kawasan yang padat dengna penduduk dan kenderaan begitu memenatkan badan dan otak..letih sesangat..harap-harap pengangkutan awam pun taklah seteruk hari biasa..boleh ke macam tu? susah nak di pastikan sebabnya, so far dari pengalaman yang aku lalui, cuti sekolah lah yang paling worst sekali, time orang balik kerjal ah , bebudak yang tengah cuti ni sebuk jugak nak balik..pastu tak reti-reti nak pikir, if u berdiri depan pintu, berilah laluan pada orang dari dalam nak keluar, ni tidak, sibuk sangat nak berkepit..uhhhh geram jugak di buatnya..
Petang semalam aku berjaya melayari dan membaca beberapa blog...uwaaaaa sedihnya aku..teringat kat baby mia aku...tak sempat aku habskan pun blog-blog tersebbut aku dah menangis..nasib baik hubby tengah tidur masa tu..malam pulak aku dapat kengkawan baru lagi..sama-sama follow..u follow me, i follow u..hehehe..best jugak...Esok aku kerja, office mesti kekurangan kakitangan. Seperti biasa, bila ramai staff yang bercuti, kerja pun ala ala macam banyaklah..
Esok juga, schedule dialysis hubby start lagi..sian dia tapi aku harap dia tabah untuk menghadapi dugaan dari Allah ini. Kekadang aku musykil juga dengan mr.hubby aku ni, tertanya-tanya juga dalam hati..tak ingat kah dia pada baby yang telah pergi..jarang sekali dia menyatakan pada aku yang dia merindui Mia kami..adakah sebab dia tak nak aku bersedih?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
No comments:
Post a Comment