June 27, 2010

Tentang Outing..Baby Kecil

Hati meronta-ronta untuk menulis..mencoret kata-kata tapi apakan daya hari ku sentiasa sibuk..sibuk dengan pelbagai perkara yang perlu di selesaikan..bila telah selesai pula, mata telah mengantuk..akhirnya jarang aku berpeluang untuk mencoret kata hati ini.


Semalam ada aktiviti sosial..office outing kat Agrotek Garden Resort, Ulu Langat. Cantik tempat tu, seronok bila berkumpul dengan officemate dan family masing-masing..Aku? masih berdua lagi lah dengan suami. Secara tak langsung suami ku merangkap photographer tak bertauliah buat aku..jap lagi aku upload picture kat sana..sikit je yer walaupun banyak gambar yang hubby ambil...

Kepenatan aku disiang hari tidak membataskan aku untuk menguploadkan gambar-gambar outing tersebut di FB..hubby dah kepenatan sangat, awal betul dia tidur malam tadi..thanks sayang, walaupun badan belum kuat tapi still juga temankan mama outing dengan officemates..and mama bangga sangat dgn abang sebab joint game yang diaorg buat..thanks!

Malam tadi, aku bermimpi..mimpi yang sangat aku suka..yang saban hari aku tunggu kehadirannya..aku bermimpi yang aku telah menyusukan seorang baby..kesian dia..mula tu di menangis seolah-olah dia lapar sangat..baby kan menangis kalau nak susu..then bila aku mengambil baby tersebut, aku kendung kan dia, aku peluk dia, dia diam aje, dah tak menangis tapi mulut cutenya tu macam nak aku breastfeed dia...sian sangat baby tu...so aku terus breastfeed dia..memang lapar agaknya, seronok dia menyusu..lepas tu dia senyum..gembira sangat..adakah itu Mia? Mia rindu aku ker? atau Mia takut aku tak sayang dia? Mia selalu hadir dalam mimpi dengan keadaan yang gembira, bergaun putih dan bergelak ketawa..tapi baby tu datang dlm mimpi dalam keadaan menangis, kelaparan dan berpakaian anak kecil..uhhhh rindunya baby!!

Apa makna semua ni? mimpi yang indah..mimpi yang penuh dengan makna..mimpi bertafsir or hanyalah mainan perasaan..adakah semua itu, luahan rasa hati, gurindam jiwa luka..rindu seorang insan bergelar mama or mainan syaitan? Ya Allah berikanlah petunjukMu bagi hambaMU ini..

2 comments:

Rizziela said...

Mungkin itu petanda ada bb baru yg akan hadir dalam hidup kalian berdua..semoga semua mimpi itu akan menjadi kenyataan. Insyallah

MeMoRi Di HaTi said...

Amin Ya Rabil Alamin..insyallah, harap-harap itu lah petunjuk dari Allah yang Penyayang..

Popular Posts