June 23, 2010

Tentang Mimpi dan Rindu

Salam..

Nyaman sungguh pagi ni..terasa begitu besar nikmat yang telah Allah kurniakan pada hamba-hambaNYA..syukur sangat-sangat sebab masih diberi kesempatan untuk aku menikmati keagungan yang tak ternilai ini..

Semalam aku under medical leave, going to my specialist..almost a year aku tak gi jumpa specialist aku yang begitu baik hati, begitu juga dengan nurse..doctor itulah yang take care aku masa aku pregnant dan seterusnya menyambut kelahiran Mia aku..thanks yer Doctor Zamri!!! so arini doctor startkan aku dengan ubat..kena ambil lepas makan..

                  a. SLEFIG 10MG                 B. GLUCOPHAGE 500MG

Lepas jumpa doctor dengan hubby, kami gi shopping..beli kasut baru aku..dah lama betul tak beli kasut...last year kut aku rasa yang terakhir aku membeli..heheheh..cari purse tak jumpa yang berkenan..kalau ada pun, mahal..dapat beli 2 pasang baju hehehhe..kepenatan betul..

Malam tadi aku mimpi Mia..andainya dapat kurakam, akan ku selitkan didalam postku ini..bila mama jumpa doktor je, Mia mesti hadir dalam mimpi mama..anak mama cute sangat dengan gaun putih ropol-ropol..anak mama panggil mama, anak mama tanya mama, papa sihat tak..aduh sayang mama, kenapalah sayang mama tanya macam tu..papa sihat..mia kata, mia ada kawan lagi..kawan-kawan mia selalu aje bertambah..yer sayang, kawan-kawan sayang bertambah disana tak bermakna mama, mummy, emak, ibu, umi dan papa, ayah, daddy or walid mereka tak sayang mereka..semua sayang kawan-kawan mia macam mama dengan papa sayang Mia, tapi Mia kena tahu, Allah lagi sayang Mia dengan kawan-kawan..berbicarakah dengan Mia aku?

Mia selalu hadir dalam mimpi aku  bermain buaian..kesian anak mama, masa kat dunia ni tak sempat pun pun belajar tidur dalam buaian..tapi buaian syurga lagi best kan Mia..rasa macam nak temankan Mia main..arini hari lahir sepupu mia, anak mak teh..kakak aqilah..bestnya andai mia ada, boleh mama celebrate dgn mia dan kakak aqilah..

                                                                 Mia

                                      
                                                                         Birthday Girl - 3 years *(Aqilah)

Mia, mama rindu sangat kat Mia, baby kecik mama rindu mama tak?..alangkah seronok andai mia hadir dalam mimpi mama setiap hari..alangkah bahagianya andai mama dapat melihat mia membesar..andai dapat mama peluk anak mama dengan erat sudah pasti mama tak akan lepaskan..alangkah indahnya perasaan ini..rindunya mama kat mia..rindu sampai rasa badan dah mula tak sihat..mama nak demam la sayang...

7 comments:

Noina said...

sedihnya bila teringatkan seseorang yang amat dirindui.. Ina faham perasaan Mama Mia.. Sabarlah..Ina doakan Mama Mia lekas2 dapat baby baru.. Amin.. :)

Cik Andam Hazlina @ Wideliabeauty.com said...

jgn sedih ye.. bykkan zikir dan doa pasti ada rahmat buat mu kemudian. jgn putus asa

MeMoRi Di HaTi said...

ina, terima kasih..makin dekat september makin berat perasaan ni..insyallah. terima kasih.

cik adam hazlina,

*hug* thanks..terima kasih atas doa yang diberi..hope allah bagi lagi kekuatan dan ketabahan yg lebih tinggi

Rizziela said...

Mama mia..

Saya harap awak terus tabah. Memang amat payah untuk kita melupakan segala memori indah dalam hidup kita..

Kehadiran insan yg dinantikan juga sukar untuk dilupakan...apatah lagi bila dia dijemput Penciptanya.....sesungguhnya..kepedihan itu hanya dapat dirasai oleh mereka yg terpilih saja..semoga awak terus tabah..insyallah pasti ada rezeki lagi untuk awak & hubby

MeMoRi Di HaTi said...

ziela,

thanks byk2 for ur support..amin..moga ada belas ihsan dari Allah untuk kami..uwaaaa camne ni..dok rindu ni..

Nurul Aznil said...

Salam,

Ewan dah lama tak 'jenguk' me dalam mimpi... seronok main ngan kengkawan la kat sana. i imagine dia dok bawa kawan baru dia pi syurga-tour kot... hihihihi

MeMoRi Di HaTi said...

jgn sedih ya sebab ewan tahu mama dia ada teman..ada eiman..tu la pasal, mia pun kekadng je dtg jenguk mama dia ni..dok buat group kat sana tu..busy agaknya anak2 syurga kiter tu..

Popular Posts