September 19, 2010

Weekend Yang Memenatkan

Salam semua..

Hari ini, baru berkesempatan untuk berbicara lagi..mampukah mama? hehehehe penat tak hilang lagi ni..Jumaat lepas sampailah semalam, rumah kecik mama dipenuhi dengan family mama yang datang dari jauh..hehehee dari Perak je..jauh ker tu? tak lah jauh sangat pun..seronok mama sebab ramai sangat orang..yang paling best ada cousins Mia!

Semalam Sabtu, ada majlis pertunangan adik mama..kalau mia ada, Mia tentu panggil adik mama tu "Pak Lang"..aduyai! penat tak ingat..semalam jugak kami beramai-ramai berkampung kat Intekma Resort Shah Alam..saja tak nak balik rumah..alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan insyallah tahun depan mama dapat adik ipar baru..welcome..welcome..welcome "Aunt Jaja"..

Sabtu juga, selepas balik dari majlis tersebut, cousins Mia sibuk nak main kat swimming pool! seronok betul diaorg main, terkenangkan dan berangan la mama ni..konon-konon kalau Mia ada, tentu lagi havoc jadinya..Mia nak tahu tak, Aqilah dengan berlagaknya tak nak guna pelampung kat swimming pool tu..ala ala dia lah ratu kolam..suara dia yang paling kecoh! kakak batrisya dan adik atiyah control cool aje..bestnya kalau Mia ada, tak adalah kakak Aqilah tu "aksyen@berlagak" kat situ heheheeh..

Malam Sabtu pula, kami pergi jejalan kat ICT Shah Alam..first time mama sampai sayang...macam poyo je mama..hahahha..mama posing gak, mana boleh tak posingkan..cantik betul lampu-lampu tu tai penatnya kaki sampai harini terasa lagi..papa pun nampak macam kepenatan sangat tapi masih berusaha untuk menggembirakan mama..

Nanti mama uploadkan sedikit gambar-gambar pertunangan adik mama dengan gambar-gambar yang fotogenik kat sini..esok mama dah start keje..uhhhh macam malas je..

2 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..ina pun belum lagi nak sampai I-city..huhu..

MaMaNuRiN said...

pergi lah ina..bawak nabila, surely dia happy sgt sebab byk lampu berwarna

Popular Posts