September 21, 2010

Photo Yang Fotogenik!!


Cucu Sedara Mama ~ Zara
Siapa gerangan si kenit ni? ni cucu kakak ipar mama, merangkap cucu sedara mama..umurnya masih muda jelita heheehehe..baru sebulan lebih masa mama mencoret. Si kenit ni lah yang mama dengan hubby dok kenen kenen kat kakak ipar nak mintak jaga, memandangkan anak kakak ipar mama @ anak sedara hubby mama ni ada anak-anak yang lain, kalau campur si kenit ni, adik beradik dah 5 orang..kecil-kecil dengan yang sulong baru aje umur 8 tahun..puas di kenen pada kakak ipar dan anak sedara tapi macam tak dapat aje..yang tak puas hati tu, dah la tak dapat, denganr nak dihantar pulak si kenit ni balik Pahang, tinggal dengan mak sedara belah babahnya...uwaaaa sedihnya..

Sireh Junjung Utk Majlis Pertunangan
Halwa ~ Hantaran Manisan
Bekas untuk Telur

Untuk Bakal Adik Ipar
Sabtu lepas adik lelaki mama bertunang...penat sungguh mama dibuatnya, almaklumlah Jumaat mama masih lagi bekerja, then family mama pula ada yang datang rumah kecil mama pada hari tersebut dan separuh lagi pada hari Sabtu pagi...uhhhh rumah yang ala ala kemas macam hotel, kembali berselerak, almaklumlah selalu tinggal berdua kali ni rumah mama tetiba jadi macam tapak pesta heheehe..Tahniah ye "Paklang & Maklang" hahahahah..lepas majlis pertunangan, kami semua berehat kat Intekma Resort, Shah Alam..hotel sponsor memang best tidur..

View kat resort
Tangga ke ruang beradu bahagian atas
Swimming Time
Macam Fairytale
Pokok yang berwarna warni
Papa dgn Batrisya
Mama dgn Anak Sedara (Batrisya)







2 comments:

ICAZIESYIRA said...

seronoknya sesekali berkumpul!

Mamanurin said...

salam ica,

memang seronok almaklumlah kami berdua je so bila dah ramai jadi mcm pesta..tu pun ada yg tak ikut pegi I-City tu sebab dah penat klu tak lagi dahsyat

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...