September 23, 2010

Tentang Sambutan..

Mia, hari ni baru mama tersedar..bukan selama ini mama tak sedar, mama sedar sejak awal tahun lagi, mama pasti akan kena tempuhi hari yang paling mama nak elakkan..bukan sebab mama tak suka atau gembira tapi sebab mama tak tahu macam mana mama nak sambut hari itu..

Mama puasa hari ini, alhamdulillah berjaya juga mama berpuasa walaupun kat office, mama dah menggigil gigil menahan sejuk..memang sejuk betul kat office tu Mia, if Mia ada, Mia tak perlu risau sebab mama pasti akan memeluk erat anak mama supaya anak mama selesa..seronok tak berada dalam pelukan mama hampir 2 tahun lepas sayang?

Hari  ini baru seolah-olah terasa begitu cepat masa berlalu..mama masih disini, masih setia dengan papa yang menyanyangi mama sepenuh hati, masih setia dengan kecintaan dan kerinduan mama pada Mia..saat ini juga andai Mia disisi mama, sudah pasti mama yang paling sibuk sekarang..sibuk menguruskan majlis untuk Mia..majlis hari lahir Mia!!

Aduhai sayang mama..maafkan mama, mama tak tahu bagaimana nak uruskan majlis untuk Mia dalam ketiadaan Mia..mama buntu..confused semua ada..bestkan kalau Mia ada, surely mama buat majlis yang ada belon, kek yang comel ataupun mama panggil karektar kartun yang Mia suka dsbnya..tentu Mia suka kan sebab ramai kawan-kawan Mia mama jemput untuk main-main dengan Mia..maybe mama buatkan majlis tu kat Mc'Donald..KFC..Pizza or maybe kat Sunway Lagoon..ishhh Mia ni, surely la mama buatkan doa selamat untuk Mia juga..dan sekarang pun walau Mia dah tinggalkan mama, insyallah mama pasti akan buatkan majlis untuk Mia..

Lagi 3 hari hari lahir Mia, hari perut mama di potong..hehehee hari perut mama jadi macam tingkap sebab nak keluarkan Mia mama yang tengah distress kat dalam..naper sayang distress? tak sabar nak tengok dunia? tak sabar nak tengok mama dengan papa ya? ummmm mama pun tak sabar nak tengok Mia mama..teringat-ingat tangisan pertama Mia..

Mia sayang, jom kita kira sama-sama nak tak? kira berapa hari lagi tinggal untuk kita sambut hari yang paling bahagia buat mama..hari yang Mia keluar dari tingkap perut mama..jom sayang..kita kira dengan papa sekali..jangan sedih ya Mia, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk Mia..nanti kita jumpa bila telah diizinkan oleh Allah..tentu seronok, tak dapat mama gambarkan perasaan mama nanti...rindunya mama kat anak mama..

3 comments:

Rizziela said...

al fatihah utk mia tersayang

MaMaNuRiN said...

ziela, terima kasih...moga-moga sampai pada Mia, awal-awal lagi "dia" dapat hadiah dari auntie ziela..

ibu WaWa said...

semoga Mia tenang di sana...
Al-Fatihah buatMU.

Popular Posts