January 15, 2012

Berkongsi Sayang

Masih di bulan January, masih terasa New Year yang disambut seluruh dunia. Mama masih juga busy dengan kerja di office, masih juga busy dengan kerja dirumah walaupun sebenarnya tak ada sangat pun kerjanya. Mungkin mama memang sengaja busykan diri.Weekend pula mama dengan papa jarang sangat ada kat rumah, kadangkala pergi tengok wayang, main bowling, jalan-jalan cari makan or paling teruk window shopping..bosan berdua aje, so bila keluar ramai orang kan.

Sabtu last week, mama ada interview dengan Orphancare kat PJ. Setelah first interview mama tak dapat pergi, tak sangka masih ada rezeki untuk mama lagi. Sangat seronok dan teruja serta takut pun ada. Alhamdulillah, setelah isi segala maklumat yang diperlukan.  Ada satu part, kena isi tentang anak yang tinggal bersama..aduh sangat sakit! macam mana nak isi..so mama biarkan..sampai la interview, dah sembang macam-macam, mama baru mention yang mama pernah pregnant, pernah gugur dan pernah ada baby..masa tu airmata dah bergenang..dah siap pegang tangan papa mencari kekuatan..entah kenapa, setiap kali cerita itu dibuka, mama jadi sangat sedih..yang interview mama pun terkejut!! sebab tak sangka mama dah nangis..

Hoping mama dan papa dapat pergi second interview nanti. Bila dah dapat second interview, lagi mencabar rasanya soalan-soalan yang perlu dihadapi. Hoping emosi mama juga akan lebih kuat.

just want to share my love

3 comments:

Mrsboxz said...

Mama, stiap hr menatap wajah Hannah Farhana mesti Mama Damia mendoakan Mama Nurin...stiapsaat. I wish to bring her to see u Mama, spy Mama sntiasa kuat. Semoga usaha Mama & Papa berjaya, aminnnnnn.

Mamanurin said...

Tima kasih mama damia&hannah..tqvm!!!boleh bolehhhh nk jumpa hannah dgn mama dia..pinjam seminggu boleh? Hehehehe

Mrsboxz said...

MamaNurin,boleh...Mama nk pinjam Hannah seminggu,cuma tkt nant Mama tktdo2...serius,blh.Dtglah sini...Terengganu.

Mama, dugaan dtg menguji dan smemangnya stiap yg terjd itu ada sebab musabab.Hannah Farhana tdkdpt mnum susu ibu, tdk dpt tido baring..stiap saat nk berdukung.Tp itulah anugerah ALLAH, walau apapun kami bersyukur.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...