nurse cuba ambil kat sini..kiri dengan kanan ~ failed! |
ni pun sama failed kiri dan kanan |
ini kiri..ada tiga bekas, 2 nurse buat tapi failed..last sekali doctor buat br ok |
Telah bermula treatment mama end of the year 2011 dengan sesi ujian darah untuk mama dan papa serta SA papa. For the first time, nurse tak boleh nak sedut darah mama, kiri kanan tangan kena cucuk lengan dan belakang tapak tangan tu..sakit sangat, tambahan pula kat tempat yang tak byk isi tu..dah 6 kali nurse cucuk, abis sorang nurse tak lepas, nurse lain pula yang cuba..sebab takut mama marah, akhirnya nurse mintak tolong Doctor G yang ambik darah mama..mama tak marah pun nurse sebab mama tahu kekadang ada hari-hari yang tak begitu baik untuk diaorang, sama juga macam mama kan. Lega bila darah dah dapat. Hari ke 10 period, mama kena pergi buat HSG. Nasib baik mama orang pertama, so memang sakit sikit sebab nurse kasar, lepas tu bila keluar lagi lah tunjuk muka sakit kat papa tambah lagi sebab ada seorang lagi yang nak buat macam mama..kasi syco sikit heheheh. Mama start balik treatment kat LPPKN under Doctor K. Dulu masa treatment kat sini, mama dapat pregnantkan Mia setelah 3 kali IUI. Mama sangat berharap kali ini mama dengan papa berjaya.
Last Friday adalah appointment pertama mama dengan Doctor K untuk first cycle. Tapi disebabkan ada public holiday untuk Tahun Baru Cina, maka IUI mama tak dapat dilakukan untuk this cycle. Mama kena cuba normal dulu dengan bantuan ubat Clomid yang perlu dimakan 2 biji sekali makan untuk 5 hari dan suntikan Gonal F dgn dos150iu yang perlu di suntik di perut sekali sehari berselang hari selama 3 hari. Lama sangat dah tak buat sesi cucuk menyucuk ni. Moga Allah permudahkan usaha mama dan papa. Jumaat ni ada appointment lagi dengan doctor untuk scan nak tengok telur tu ok ke tidak.Time tu juga doctor akan bagitahu hari apa yang terbaik untuk bersama. Hahahah time ni macam nak tidur hotel la pulak.
2 comments:
Salam...
Umaira follow blog kamu...
Datang sama2 utk memberi support kpd kawan2 TTC yg lain di alam maya nih...
Semoga kita sama2 menanti penantian kurniaan Allah yg satu itu...
selamat mencuba ye mamamia..InsyaAllah segalanya usaha mama akan membuahkan hasil...kene happy2 slalu tau jgn stress2...InsyaAllah...
Post a Comment