March 25, 2012

Alhamdulillah..Papa

Alhamdulillah, papa dah sihat walaupun belum recover sepenuhnya. Papa tak mengadu sakit dada  lagi, demam pun dah ok cuma batuk masih belum lagi ok. Mama dah tak larat nak bebel, tak larat nak nasihat papa sorang ni, tapi biasalahkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri dan sebaliknya.

Mama yang dengar papa batuk pun sakit telinga, kerongkong mama pun rasa sakit, tapi papa yang batuk tu takrasa ke sakit kan? Sekarang ni, mama pun dah selsema, hidung pepagi dah tersumbat, nak tidur malam, badan rasa panas sangat. Mood pun tunggang langgang.

Lepas kejadian papa kena attack, mama cuti EL. Bila masuk office, ramai yang datang bertanyakan keadaan papa, thanks dear friends!!! sangat-sangat bersyukur kerana punya teman yang mengambil berat walaupun saban hari bergaduh, bertengkar, berselisih faham, dan usik mengusik walaupun ada antara kita berlainan bangsa dan agama tapi bila sesuatu yang berlaku melibatkan keluarga masing-masing, kita sering bersatu padu. Mama sayang kalian even mama jarang ucapkan di office.

Papa, mama tak tahu sama ada papa ada baca blog mama or tidak, tapi mama pasti address blog mama ni ada di Ipad papa, lappy mama pun papa selalu guna jugakan so secara tidak langusng pasti papa ada terbuka blog mama yang cute ni hehee..mama nak papa tahu, mama syaang sangat papa, kalau mama bebel-bebel kat papa tu bukan sebab mama tak suka, tu sebab mama ambil berat, mama nak papa sihat. Jangan degil-degil. Budak kecil kalau degil, mama boleh rotan, tapi kalau macam papa, sure papa call talian teledera!


No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...