March 5, 2012

Gegirl..Rezeki...Jatuh Kerusi

Minggu lepas, mama dengan papa kebosanan yang melampau! papa pun dah pandai cakap"bosan" sebab kat rumah hanya kami berdua. Nak keluar berjalan, rasanya macam tak ada mood dengan jalan yang selalu jammed. Cukuplah pergi kerja balik kerja jammed.

Bila hari bekerja, memang mama dengan papa makan kat luar aje, tak larat nak masak. Selalu  kami pergi ke restoran yang dah biasa kami makan. Selagi layanan mesra, cepat dan sedap, memang kat situ ajelah melekatnya selera terutama mama. Papa cakap dah macam restoran mama . Last week, kebetulan mama makan kat situ, kat meja yang biasa mama makan, sebelah meja mama tu ada satu pasangan dengan anak perempuan kecil diaorang. Mama tengok, mama perati je diaorang terutama gegirl tu but bila makanan sampai, mama tengok makanan mama pulak, tetiba mama dengan suara orang berkata " eh tengok aunty tu yer" terus mama toleh ke kanan, oh!!! gegirl tu pandang mama rupanya! mama senyum, mama lambai-lambai..mesti dia hairan kan kenapa kami berdua dan tidak bertiga macam dia dan keluarga. Disebabkan gegirl dengan family dia sampai dulu, maka diaorang lah yang selesai dahulu, sangat cute bila ayah dia dukung, dia lambai mama sambil kata "bye bye..bye bye" ohhh sweetnya. Seronoknya mama..

Sabtu lepas masa on the way nak balik kampung papa tengok sawah, mama tanya papa "papa, kat kampung papa tu kan, agak-agak papa, ada tak orang susah yang tak mampu nak jaga baby, nak kasi kat orang bela? ". Papa jawab entah lah sebab tinggal kat kampung dengan bandar kos hidup berbeza, kekadang orang kampung anak ramai tapi diaorang tetap nak bela sendiri. Pastu papa cakap lagi, mungkin belum rezeki kita lagi sebab cuba mama fikir, mama dah buat banyak treatment termasuk IUI dan IVF, banyak "orang dalam"  yang boleh membantu mama untuk dapatkan anak angkat tapi tetap tak dapatkan. Hampir-hampir nak dapat anak angkat tapi memikirkan perbezaan yang amat ketara bila dia dewasa, kita terpaksa tolak..bukan rezeki lagi..insyallah papa kata, ada rezeki ada nanti..

Harini mama try restoran baru sebab nampak ramai sangat orang dari last week, ummmm sakit kepala sebab bising, macam kecoh je pekerjanya. Mama order char kee teow, papa nak makan roti kosong, makanan mama sampai, mama habis makan, roti kosong papa tak sampai-sampai lagi tetiba!!! ada family kat belakang meja kami, wife dia jatuh dari kerusi sebab kerusi tu patah! dah ler tengah pegang baby, nasib baik tak tercampak baby tu kat meja sebelah. Sangat bersimpati kat kakak tu. Datanglah dua tiga orang pekerja tolong sambil sorang tu tak sure boss or siapa, siap cakap kat suami kakak tu " dah 3 kali dah patah kerusi ni..satu set dengan meja untuk 4 orang makan harga tempat RM650! adoi!!! mama tak dengar dia sebut perkataan maaf pun! siap cakap harga meja dengan kerusi lagi! and mama tak sure sama ada, family tu kedai tu charge utk apa yang mereka makan or free disebabkan kejadian tu sebab mama ajak papa keluar terus lepas abis makan. Pusing kepala sebab suasana tak tenang. Bayangkan kalau kakak tu pregnant! baby tercampak!!

1 comment:

Sizuka said...

kedai mkn tu nak keuntungan semata2 jer.. patutnye mintak maap la kan.. kene la jaga hati pelanggan... nasib baik baby tu x ape2....

Popular Posts