March 21, 2012

Attack

Cerita tentang papa. Hari ni papa ada rutin dialysis dari pagi hingga tengahari. So far kami berbalas sms and call, papa tak mengadu apa-apa pun. Mama pun dengan tenang buat kerja mama hinggalah kira-kira jam 4 petang, papa sms "papa kat depan balai polis Pantai, sakit dada". Oh!!! Inilah yang paling mama tak suka bila received sms macam tu sebab ia buat mama jadi tak tenang. Nasib baik papa dekat dgn balai polis tu, kiranya ramai orang la kan.

Memang langsung mama tak boleh nak buat kerja, terus jumpa Big Boss mama minta izin keluar office awal.Oh!! terima kasih byk2 boss sebab tak banyak soal, terus suruh balik. Then masa mama busy kemas beg, boss keluar tanya mama "you naik apa"..mama jawab public transport..he asked someone bawa kereta tolong hantarkan mama but mama refused coz Kuala Lumpur ni jammed so maybe mama akan jadi lagi lambat. Thanks boss sebab prihatin.

Jumpa papa terus ajak pergi hospital, seperti biasa..papa memang tak nak maybe sebab dah serik kena warded masa kidney problem. Mama nak drive tapi papa tak izinkan, dlm kesakitan pun sibuk nak drive. Uhhh papa, kalau dah degil, memang sukar nak beralah. But, dpt juga mama drive, maybe sebab tak tahan dengar mama membebel plus sakit dada pun makin teruk.

Now, papa tidur dan sesekali terjaga..demam pula malam ni..sambil dok jaga papa dalam bilik ni, layan movie, layan jerlun kepala supaya panas papa cepat turun, mama cuba meluahkan rasa hati mama disini. Thanks pada kawan-kawan office mama yang memberi semangat, yang call mama dari mama kelam kabut keluar office tapi mama tak jawab sebab mama tahu if mama jawab, kawan-kawan mama hanya akan dengar tangisan mama..yang sms bertanyakan khabar papa..sorry yer friends! Sangat2 appreciate keperihatinan kalian, always ada saat mama perlukan sokongan.

Mama harap papa akan cepat sembuh. Tak tahan melihat papa sakit. Ya Allah, berikan kesembuhan pada suami ku, berikanlah kekuatan dan semangat pada dia Ya Allah, sesungguhnya KAU Maha Penyayang dan kami hambaMu yang lemah.

5 comments:

Min @ Mama Dhia Farhah said...

Myn doakan papanurin cepat sembuh dan sihat sentiasa...Dan semoga Allah kurniakan kekuatan kepada mamanurin juga...

Min @ Mama Dhia Farhah said...

Myn doakan papanurin cepat sembuh dan sihat sentiasa...Dan semoga Allah kurniakan kekuatan kepada mamanurin juga...

Sizuka said...

kak, better pi IJN... takutlah dgr sakit dada.. haritu suami sy mengadu sakit dada seminggu pun sy dah cuak...

Anonymous said...

rasanya mama kena bw papa g hospital utk further check up.

MommyAqil said...

Mama..sorry lambat tau berita ni...really2 hope papa cepat sembuh..risau Mommy..hopefully takde pape..tp kalo mama tak sedap hati sangat2 Mama cpt2 bwk pg hosp tau!!jgn tunggu k...

Popular Posts