October 26, 2013

Rasa Hiba

Semalam cukup seminggu papa pergi. Seminggu juga mama kehilangan kawan, teman, sahabat, kekasih dan suami yang selalu bersama kala mama susah dan senang, kala mama gembira dan duka. Kini, bila mama sedih, tiada lagi insan yang sering memujuk mama, tiada lagi gurau senda membuatkan mama ketawa walaupun saat itu mama tengah marah..ohhh!!! rindu sangat!!! Mama masih belum mampu untuk menulis/ menaip entry ini,tapi kesunyian memaksa mama menulis/menaip sesuatu agar rasa hati mama, rasa rindu mama mampu mama luahkan.

Sunyi tanpa papa. Perginya papa bermakna pergi la juga semangat mama. Melayang entah kemana. Bila papa ada, mama rasa mama kuat dan tabah walaupun papa selalu tak sihat tapi mama nampak papa. Pertama kali melihat papa terkujur kaku, semangat mama melayang, hiba rasa hati bila papa pergi tanpa mama disisi!!! Allahuakhbar!!!!

6 comments:

Rina said...

salam..mama, mmg saya tak dapat membayangkan keadaan mama. Terasa hiba juga membaca enty mama, sesungguhnya tiada wanita yang sanggup menghadapi keadaan ini. Tanpa sedar mengalir air mata. Bersabarlah mama, perpisahan ini sementara sahaja, suatu hari nanti mama akan bertemu papa semula,kali ini tiada perpisahan lagi buat selamanya. Ya Allah, dikau berikanlah ketabahan dan kekuatan buat sahabatku ini. amin!

Unknown said...

Betul2 sedih baca..banyakkan bersabar mama.. DIA tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. L harap mama tabah.

Nadieshamhanie said...

Salam Mama Nurin, sebak rasa hati bila dapat tahu tentang pemergian Papa Nurin ke rahmatullah....Ya Allah...innalillahwainnaillahirajjiuun...semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman & beramal soleh...insyaAllah...Nurin akan menjaga Papa disana...Mama jangan sedih2 yer...kami sentiasa bersama Mama merasai dan berkongsi rasa dengan Mama yer....semoga dengan kesabaran & ketabahan Mama ini akan diberi ganjaran yang setimpal dari Allah SWT....insyaAllah...aamminn...

sweet tooth said...

Assalam mama, semoga mama diberikan kekuatan oleh Allah utk menghadapi kehilangan sementara ini. Be strong mama, it would take some time to heal the pain... take it step by step... sehari demi sehari... InshaAllah, mama mampu melaluinya.Take care of urself, take care of Qaseh.

Rizziela said...

semoga mama terus kuah & tabah..

OKje said...

Sedihnya MN....

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...