February 27, 2014

3 kesayangan

Papa..Mia..Qaseh..

Mama penat sangat. Penat dgn meeting, penat dgn kerja yang bertimbun dan nak kena settle cepat. Penat merindu kalian!!

Berlinangan airmata bila rindu itu tak mampu mama tepis. Hanya Allah yang tahu rasa sesak nafas, rasa sakit rindu mama pada kalian.

Papa, Mia dan Qaseh, bersama la mama walau hanya sekadar memori agar mama mampu bertahan, agar mama jadi lebih kuat dengan semangat kalian

February 25, 2014

Papa

Papa..Mia..petang tadi masa on the way balik dari office, kereta di lorong laju tapi tak boleh laju sangat pun sebab semua lorong pun slow even lorong laju. Tapikan papa ada satu kereta ni memag jenis tak boleh sabar, sebuk nak memotong siap kasi lampu tinggi lagi tapi memang tak ada ruang pun untuk kereta tu nak memotong..tetiba brek sikit spontan aje kelaur "papa" simple word macam biasa kalau mama tak nak papa main main atas jalan raya.

Perasaan tetiba sayu, rindu

February 24, 2014

Air Oh Air

Hari ni dapat pesanan dari abahse suruh simpan air sebab katanya catuan akan berlaku tak lama lagi.

Papa, cuaca sangat panas dah hampir sebulan rasanya. Anak kesayangan papa macam biasa, tak boleh terlalu panas dan tak boleh juga terlalu sejuk.
Hari ni nak keluarkan tong2 air dari stor lepas balik dari office dan siap ambil anak kesayangan kita dari rumah pengasuh, tapi Qaseh tak boleh hilang mama dari pandangan mata dia. Nak mama melangut depan dia aje...menangis macam kena pukul aje bila mama nak ambil tong2 air tu. Kesudahannya papa, sebelah kelek si Qaseh bertuah ni dan sebelah lagi dok pegang tong air. Rasa macam nak letak je dia dalan tong air tu tau papa.

How i wish u here papa even papa tak boleh buat kerja berat mama tak kisah sebab papa boleh tengok kan Qaseh sementara mama tadahkan air dalam tong-tong. Harap2 hujan akan turunkan papa. Tanah dah kering kontang.

Rasa tak terdaya bila papa tiada disisi ketika keadaan macam ni. Mama pinjam semangat papa yer untuk mama teruskan perjalanan hidup mama bersama cinta hati kita Qaseh.

Rindu kami tidak bertepi semakin hari semakin rindu..walau bahang panas rindu kami tetapkan bersama.

February 22, 2014

Follow Up Paed - Dia sihat

Hari ini Qaseh ada follow up dengan Dr Ahmad kat DEMC. Alhamdulillah, doctor kata Qaseh ok, nafas dia dah tak berbunyi dah papa. Hari ini, sebab dia sihat dan tak demam mama ambik imunisasi tambahan untuk dia.

Bangun 3.30 pagi sampailah jumpa doctor, dia masih tak tidur. Bila menahan mata yang mengantuk, asyik berbunyi je mulut dia. /macam burung murai la papa..."burung apa, burung murai" hehehhe ayat kita kan papa.

Next month jump lagi doctor untuk imunisasi stage 2 pula. Berat Qaseh day 8.8kg. Ukur lilt kepala dan panjang did normal.

Papa, mama kat Sutera Lounge. Senang sikit orang tak ramai, segalanya diaorang uruskan dari pendaftaran hinggalah bayaran bill. Sekarang tak balik lagi dan mama seakrang guna pc Apple fav kita..

Papa, jangan risau yer, mama jaga Qaseh baik baik.

February 16, 2014

Kenduri Kahwin

Papa, pakcik dgn makcik sebelah rumah kita buat kenduri kahwin anak perempuan mereka hari ini. Kenduri yang papa tak sabar sebenarnya menunggu.

Papa, papa jangan risau sebab mama tahu apa yang papa nak buat kalau papa ada.  Rumah kita jadi tempat persediaan makanan catering. Tempat menumpang pergi toilet. Ada khemah tau papa. Papa tentu gembira sebab mama merealisasikan impian papa untuk menjadi jiran yang baik.

Macam biasa, budak mata bulat papa ni menjadi perhatian orang. Kerja senyum je sebab perasan cantik la tu. Rindu papa lah!!

February 12, 2014

Rasa Hati Seorang Ibu dan Ayah

Hajat hati nak update entry tapi mama tak berdaya.duduk salah, melunjur pun salah baring lagi lah salah. Mama MC hari ini sebab sakit perut dah 3 hari. Hari ni baru pegi clinic and terus kena bebel dengan doctor. Dipaksanya mama masuk hospital!!! oh tidak!!!

Papa, kembar Qaseh si Zahra tu, doctor suspected ada something dekat brain dia. Syasya call mama, menangis dan papa pun tahu kan mama cepat menangis so masing masing. Papa tentu sedih kan sebab zahra memang dah macam kembar anak kita. Lahir hari yang sama cuma waktu yang berlainan. Hari ni ada appointment dengan specialist. Dipanggil oleh hospital supaya mereka segera datang. Papa, papa dengan Mia doakan Zahra sihat dan tak ada apa-apa yang teruk bagi seorang anak kecil yer papa. 

Papa, bila ini terjadi, mama terus teringat tentang keadaan kita masa Mia ada. Masa Mia dalam NICU. Bila doctor cakap, diaorang dah gunakan segala peralatan canggih dan terbaru yang ada untuk Mia tapi keadaan dia macam tu juga. Papa tentu ingatkan macam mana mama pegang tangan doctor tu minta buat apa yang patut untuk Mia, mama cakap, kita boleh cari duit kan kalau kos untuk Mia tinggi yang penting mama nak anak mama selamat kan papa. betapa sakitnya hati seorang ibu dan ayah kan papa bila anak sakit dan kita sebagai orang tua tak terdaya membantunya..Allahuakhbar

February 6, 2014

Masih lagi warded

Masih lagi berkampung di ward menemani Qaseh. Hari ini adalah hari ke empat Qaseh di tahan akibat Acute Bronchitis bersama sedikit fever.
Selama warded, pagi dan petang Qaseh kena attend fisio untuk membantu melonggarkan kahak yang kalau tak salah mama menggunakan teknik percussion. Lepas fisio, kena sedut kahak pula tapi alhamdulillah, Qaseh anak yang kuat semangatnys. Doctor dan nurse kata dia budak yang baik dan sweet sebab dia tidak menangis.
Selama Qaseh kena masuk ward, mama tak masuk office. Kalau papa ada, tentu boleh bergilir jaga Qaseh.
Mama mengantuk lagi. Biasalah kan kalau tidur hospital dan melayan karenah anak kecil.

February 4, 2014

Warded Lagi

Qaseh batuk dan selsema hampir dua minggu, demam kejap ok kejap tidak. Paling teruk last week yang muntah dan cerry berry yang memaksa mama bawa dia ke bahagian kecemasan hospital.

Disebabkan bahagian kecemasan terlalu ramai orang, tempoh menunggu menjadi sangat lama berbanding tempoh berjumpa doctor. Walaupun doctor tak admit Qaseh malam tu, doctor bagitahu andai dua hari makan ubat still tak ok, maka Qaseh kena follow up lagi.

Tiada mama yang ingin melihat anaknya sakit even diri sendiri pun tak berapa nak sihat. Mama susah hati bila tiap malam tidur, batuk yang teruk sering datang disturb Qaseh, membuatkan mama set appointment dengan paed specialist.

Semalam jumpa paed fav Qaseh, terus kena admit gara-gara Acute Bronchitis dan fever sikit. Maka bermula la sesi nebulizer setiap 3 jam dan sesi fisio pagi dan petang. Kesian Qaseh.

Mama rasa letih. Rasa mengantuk sangat hinggakan kadangkala tengah pegang hp pun, hp boleh jatuh sendiri. Betapa kroniknya mama. Sangat susah bilamana the other half tak ada. Semua kena atur sendiri, even nak pergi toilet pun krna tunggu Qaseh tidur nyenyak or ada orang dalam bilik sebab Qaseh sangat aktif walaupun sakit.

Moga Allah kuatkan mama dan permudahkan segalanya utk mama.

February 1, 2014

11th. Ulangtahun..

Terjaga di tengah malam. Hanya keheningan yang ada. Terjaga dengan hadirnya hadiah istimewa papa untuk mama. Terima kasih papa. Happy Anniversary yang ke 11th. Supposed kita sambut bersama tapi ia terhenti bilamana papa pergi tak kembali. 

Tiada lagi acara sebuk mencari hadiah mahupun sekeping card menjelang pagi. Tiada lagi ciuman sayang di ubu-ubun,dahi dan pipi cuma yang tinggal kenangan indah yang menggetar jiwa. Mama harap, kiriman hadiah pagi tadi papa suka. Dikirim bersama linangan airmata penuh kerinduan yang amat sangat. Hanya itu yang mampu mama berikan sebagai tanda kasih mama pada papa.

Terima kasih kerana meninggalkan hadiah yang sangat istimewa buat mama. Setiap hari mama dapat hadiah dari papa,sangat isitimewa dengan caranya.

Papa, hadiah papa semakin membesar dan semakin keletah. Hari ini umpama hadiah untuk kita papa. Dia telah tumbuh gigi sebatang!! bahagian bawah. Papa, bayang kanlah keadaan dia..-:)

Papa, mama sayang sangat pada papa walapun kadangkala mama selalu tak dengar nasihat papa, papa masih tak jemu menasihati mama. Mama ikut jugak kan akhirnya walaupun lambat. Rindu nya nak keluar jalan macam biasa kita sambut anniversary. Sekarang ni kita dah ada kat hotel kan papa. Ambik gambar dulu. Gambarkatil, gambar bilik air, meja dan kerusi and of course gambar mama heheheh..

Mamamasih boleh counting anniversary kita kan papa?

Ya Allah, ampuni dosa suamiku, permudahkanlah urusannya denganMU, lapangkan dan sinarilah tempat tinggalnya. Kuatkan iman ku Ya Allah untuk terus menempuh dugaanMU. Lindungi hambaMU ini. Amin

Papa, Mia, Qaseh dan Mama

Mama demam, batuk yang teruk serta selsema yang mencengkam hidup. Menahan diri dan bertahan sejak minggu lepas dari berada dalam keadaan tidak sihat kerna perlu menghadiri kursus minggu ini.

Hari ini dengan rasa yangsangat lemah, menyelesaikan kerja-kerja yang cantik tersusun dalam tray atas meja mama tu. Huhuu kekadangkan papa, mama selalu fikir, mama ni terror sangat ke buat kerja smapai tak ada orang lain boleh buat sedangkan kalau orang lain tak ada, boleh je mama cover kerja diaorang tapi tak apalah papa, bukan nak mengungkit tapi nak bercerita je sebab papa kan selalu kata mama pandai -:)

Wildan mama, Mia..rindu sangat mama pada awak. Awak gembira kat sana yer. Papa pun dah pergi..Mia ada jumpa papa tak? tolong papa apa yangboleh sebagai seorang anak yer sayang. Mesti terubat kerinduan papa pada Mia.


Qaseh, penghibur hati mama papa. Kala rindu sangat pada papa dan Mia, dia lah teman mama menangis. Dia anak yang baik. Keletah dia, selalu buat mama ketawa. Bila nak marah pun macam tak marah sebab nama dia Qaseh. Papa tentu gembirakan bila tengok Qaseh,

Ni update yang sepatutnya keluar last week tapi entahlah apa yang berlaku. Mama kena tukar handphone ker? Sebelum lupa, Ain kawan baik mama, dah dapat anak angkat lelaki papa. Seronok sungguh dia hingga tengah malam pun dia call. Akhirnya dia gembira seperti kita kan papa.

Papa, mama sayang papa..mama tetap "ucuk" papa yang manja..ehh terlebih manja walaupun kini papa yang selalu memanjai mama telah tiada.  Mia, wildan mama yang merah. Masih terasa harum sangat tubuhmu nak, wangian syurga. Bantulah ayahandamu sayang andai ada keizinan dari Yang Esa. Parut czer mama pun masih ada.

Qaseh, hadiah papa untuk mama. Terima kasih papa untuk hadiah yang sangat istimewa. Papa, akan mama jaga amanah Allahdan amanah papaini sebaik mungkin

Dirinya ada dia

Mmmmm handphone mama probelm or blogger-droid yang problem. Post entry mama tak uptodate.

Qaseh sekarang dah masuk 8 bulan. Makin lasak, makin manja dan makin seakan papa. Manja Qaseh seumpama manjanya papa almaklumlah papa anak bongsu, anak mak tapi papa lebih berdikari berbanding kakak dan abang papa. Qaseh juga seperti papa walaupun dia anak tunggal, sikap berdikari dan pembawaan dia sedikit sebanyak tidak menyukarkan mama memebesarkan dia seorang diri.

Mama lihat papa didalam diri Qaseh. Betapa mama merindui papa, begitu juga dia merindu papa. Papa, ramai yang melihat Qaseh seumpama melihat papa. Wajah kalian sama, dia lebih menyerupai papa.

Papa, adik bongsu mama dah bertunang dua minggu lepas. Terasa sangat berbeza bila papa tak ada. Selalu kalau papa ada, papa selalu jadi photographer walaupun tak lah professsional sangat kan. Bila time pertunangan tu, masing-masing guna handphone aje walapun camera besar papa tu, kami bawa sekali.

Rindu sangat pada papa.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...