Mmmmm handphone mama probelm or blogger-droid yang problem. Post entry mama tak uptodate.
Qaseh sekarang dah masuk 8 bulan. Makin lasak, makin manja dan makin seakan papa. Manja Qaseh seumpama manjanya papa almaklumlah papa anak bongsu, anak mak tapi papa lebih berdikari berbanding kakak dan abang papa. Qaseh juga seperti papa walaupun dia anak tunggal, sikap berdikari dan pembawaan dia sedikit sebanyak tidak menyukarkan mama memebesarkan dia seorang diri.
Mama lihat papa didalam diri Qaseh. Betapa mama merindui papa, begitu juga dia merindu papa. Papa, ramai yang melihat Qaseh seumpama melihat papa. Wajah kalian sama, dia lebih menyerupai papa.
Papa, adik bongsu mama dah bertunang dua minggu lepas. Terasa sangat berbeza bila papa tak ada. Selalu kalau papa ada, papa selalu jadi photographer walaupun tak lah professsional sangat kan. Bila time pertunangan tu, masing-masing guna handphone aje walapun camera besar papa tu, kami bawa sekali.
Rindu sangat pada papa.
No comments:
Post a Comment