February 1, 2014

Papa, Mia, Qaseh dan Mama

Mama demam, batuk yang teruk serta selsema yang mencengkam hidup. Menahan diri dan bertahan sejak minggu lepas dari berada dalam keadaan tidak sihat kerna perlu menghadiri kursus minggu ini.

Hari ini dengan rasa yangsangat lemah, menyelesaikan kerja-kerja yang cantik tersusun dalam tray atas meja mama tu. Huhuu kekadangkan papa, mama selalu fikir, mama ni terror sangat ke buat kerja smapai tak ada orang lain boleh buat sedangkan kalau orang lain tak ada, boleh je mama cover kerja diaorang tapi tak apalah papa, bukan nak mengungkit tapi nak bercerita je sebab papa kan selalu kata mama pandai -:)

Wildan mama, Mia..rindu sangat mama pada awak. Awak gembira kat sana yer. Papa pun dah pergi..Mia ada jumpa papa tak? tolong papa apa yangboleh sebagai seorang anak yer sayang. Mesti terubat kerinduan papa pada Mia.


Qaseh, penghibur hati mama papa. Kala rindu sangat pada papa dan Mia, dia lah teman mama menangis. Dia anak yang baik. Keletah dia, selalu buat mama ketawa. Bila nak marah pun macam tak marah sebab nama dia Qaseh. Papa tentu gembirakan bila tengok Qaseh,

Ni update yang sepatutnya keluar last week tapi entahlah apa yang berlaku. Mama kena tukar handphone ker? Sebelum lupa, Ain kawan baik mama, dah dapat anak angkat lelaki papa. Seronok sungguh dia hingga tengah malam pun dia call. Akhirnya dia gembira seperti kita kan papa.

Papa, mama sayang papa..mama tetap "ucuk" papa yang manja..ehh terlebih manja walaupun kini papa yang selalu memanjai mama telah tiada.  Mia, wildan mama yang merah. Masih terasa harum sangat tubuhmu nak, wangian syurga. Bantulah ayahandamu sayang andai ada keizinan dari Yang Esa. Parut czer mama pun masih ada.

Qaseh, hadiah papa untuk mama. Terima kasih papa untuk hadiah yang sangat istimewa. Papa, akan mama jaga amanah Allahdan amanah papaini sebaik mungkin

No comments:

Popular Posts