February 12, 2014

Rasa Hati Seorang Ibu dan Ayah

Hajat hati nak update entry tapi mama tak berdaya.duduk salah, melunjur pun salah baring lagi lah salah. Mama MC hari ini sebab sakit perut dah 3 hari. Hari ni baru pegi clinic and terus kena bebel dengan doctor. Dipaksanya mama masuk hospital!!! oh tidak!!!

Papa, kembar Qaseh si Zahra tu, doctor suspected ada something dekat brain dia. Syasya call mama, menangis dan papa pun tahu kan mama cepat menangis so masing masing. Papa tentu sedih kan sebab zahra memang dah macam kembar anak kita. Lahir hari yang sama cuma waktu yang berlainan. Hari ni ada appointment dengan specialist. Dipanggil oleh hospital supaya mereka segera datang. Papa, papa dengan Mia doakan Zahra sihat dan tak ada apa-apa yang teruk bagi seorang anak kecil yer papa. 

Papa, bila ini terjadi, mama terus teringat tentang keadaan kita masa Mia ada. Masa Mia dalam NICU. Bila doctor cakap, diaorang dah gunakan segala peralatan canggih dan terbaru yang ada untuk Mia tapi keadaan dia macam tu juga. Papa tentu ingatkan macam mana mama pegang tangan doctor tu minta buat apa yang patut untuk Mia, mama cakap, kita boleh cari duit kan kalau kos untuk Mia tinggi yang penting mama nak anak mama selamat kan papa. betapa sakitnya hati seorang ibu dan ayah kan papa bila anak sakit dan kita sebagai orang tua tak terdaya membantunya..Allahuakhbar

1 comment:

umie said...

mama, didoakan buat mama semoga cepat2 sembuh ye..dan semoga si kecil zahra sihat selalu..ameen

Popular Posts