February 1, 2014

11th. Ulangtahun..

Terjaga di tengah malam. Hanya keheningan yang ada. Terjaga dengan hadirnya hadiah istimewa papa untuk mama. Terima kasih papa. Happy Anniversary yang ke 11th. Supposed kita sambut bersama tapi ia terhenti bilamana papa pergi tak kembali. 

Tiada lagi acara sebuk mencari hadiah mahupun sekeping card menjelang pagi. Tiada lagi ciuman sayang di ubu-ubun,dahi dan pipi cuma yang tinggal kenangan indah yang menggetar jiwa. Mama harap, kiriman hadiah pagi tadi papa suka. Dikirim bersama linangan airmata penuh kerinduan yang amat sangat. Hanya itu yang mampu mama berikan sebagai tanda kasih mama pada papa.

Terima kasih kerana meninggalkan hadiah yang sangat istimewa buat mama. Setiap hari mama dapat hadiah dari papa,sangat isitimewa dengan caranya.

Papa, hadiah papa semakin membesar dan semakin keletah. Hari ini umpama hadiah untuk kita papa. Dia telah tumbuh gigi sebatang!! bahagian bawah. Papa, bayang kanlah keadaan dia..-:)

Papa, mama sayang sangat pada papa walapun kadangkala mama selalu tak dengar nasihat papa, papa masih tak jemu menasihati mama. Mama ikut jugak kan akhirnya walaupun lambat. Rindu nya nak keluar jalan macam biasa kita sambut anniversary. Sekarang ni kita dah ada kat hotel kan papa. Ambik gambar dulu. Gambarkatil, gambar bilik air, meja dan kerusi and of course gambar mama heheheh..

Mamamasih boleh counting anniversary kita kan papa?

Ya Allah, ampuni dosa suamiku, permudahkanlah urusannya denganMU, lapangkan dan sinarilah tempat tinggalnya. Kuatkan iman ku Ya Allah untuk terus menempuh dugaanMU. Lindungi hambaMU ini. Amin

4 comments:

Intan Natasha said...

salam sis.... sy br jer follow blog sis bila ternampk blog sis ms tgh google pasal ank angkat...
mengalir air mata sy bila bc..moga2 sis tabah melalui semua dugaan ni... sy dpt rs perasaan sis... sy yg berjauhan dgn hubby sbb sorg keje di kl dan sorg di melaka pn dh terasa rindu itu menyeksakan... honestly.. lps bc blog sis.. trus sy telefon hubby dan menangis teresak2... sabar dan tabah yer sis...

Mamanurin said...

terima kasih dik sebab sudi follow blog ygkekadang berhabuk ni..kan

Hafiz dan Mawaddah said...

Assalamualaikum akak,

Akak ingat mawaddah lagi tak? Mawaddah dah lama tak buka blog, lama tak jenguk blog akak... Tiba2 suaru hari tu tergerak hati nak jenguk blog akak sbb mawaddah mmg hafal url blog akak...terus menangis mawaddah..afwan akak, tak terucap atau tinggalkn jejak...Moga Allah beri kekyatan buatmu akak, insan yg Allah sayang..ameen..mawaddah tak layak nak suruh akak bersabar sbb mawaddah pernah kehilangan anak je..sayang akak dan qaseh....

Mamanurin said...

waalaikumsalam...ingat dik..mana boleh tak ingat Mawaddah..mama pun selalu gak pegi blog adik tp x tinggal jejak..terima kasih yer mawaddah

Popular Posts