February 24, 2014

Air Oh Air

Hari ni dapat pesanan dari abahse suruh simpan air sebab katanya catuan akan berlaku tak lama lagi.

Papa, cuaca sangat panas dah hampir sebulan rasanya. Anak kesayangan papa macam biasa, tak boleh terlalu panas dan tak boleh juga terlalu sejuk.
Hari ni nak keluarkan tong2 air dari stor lepas balik dari office dan siap ambil anak kesayangan kita dari rumah pengasuh, tapi Qaseh tak boleh hilang mama dari pandangan mata dia. Nak mama melangut depan dia aje...menangis macam kena pukul aje bila mama nak ambil tong2 air tu. Kesudahannya papa, sebelah kelek si Qaseh bertuah ni dan sebelah lagi dok pegang tong air. Rasa macam nak letak je dia dalan tong air tu tau papa.

How i wish u here papa even papa tak boleh buat kerja berat mama tak kisah sebab papa boleh tengok kan Qaseh sementara mama tadahkan air dalam tong-tong. Harap2 hujan akan turunkan papa. Tanah dah kering kontang.

Rasa tak terdaya bila papa tiada disisi ketika keadaan macam ni. Mama pinjam semangat papa yer untuk mama teruskan perjalanan hidup mama bersama cinta hati kita Qaseh.

Rindu kami tidak bertepi semakin hari semakin rindu..walau bahang panas rindu kami tetapkan bersama.

No comments:

Popular Posts