December 29, 2015

Alhamdulillah..

Alhamdulillah Qaseh dah keluar ward tapi dengan bekalan ubat untuk kuatkan paru-paru selama sebulan. Mama pula yang dah selsema dan sakit kepala.

Badan masih terasa penat, rasa nak tidur. Sehari dua dihospital, Qaseh masih lemah namun masuk hari ketiga dengan nebulizer selang 4 jam dan antibiotik setiap 8 jam benar-benar buat mama semput..semput layan karenah dia.

Anak kecil yang tak kecil sangat ni, tiada perasaan takut dengan nurse dan doktor. Dia selamba aje menegur doctor "hi", bila dapat keluar dari bilik, jadi " busy body" di kaunter nurse "buat apa tu..nak tengok" uwaaaaa tepuk dahi mama!

Jom layan pic Qaseh..

Terpadam Komen dari Mussyida Sofea

Huhuhuuu mama tertekan comment yang sepatutnya mama publish tapi TERDELETE..niat nak copy no phone huhuu..

Mama minta maaf tak sengaja tapi kalau tak salah mama, yg tinggalkan comment tu nama Mussyida Sofea..lebih kurang mcm tu..hope dia baca entry ni..

December 22, 2015

Bercuti di Hospital

Bercuti di hospital dengan Qaseh..percutian di hotel 3 bintang. Mungkin menahan kerinduan hampir seminggu kena berpisah dengan mama.

Panas, pernafasan yang tersangat laju buat mama susah hati tambahan pula tokayah pun dah warded sehari sebelum tu gara gara tekanan darah naik.

Masa di ER, doctor kata Qaseh kena Acute Pharyngitis dan bila kena warded doctor pakar kata Qaseh kena Pneumonia dan terus Xray serta start antibiotik dan ubat lain termasuk demam.

Harap Qaseh cepat sembuh. Amin.

Warded  : 20/12/2015
Hospital : Columbia Asia Taiping

December 18, 2015

Qaseh Kekasih

Hari bersama si kecil yang dah besar ni, kekadang sangat havoc dengan keletah dia, dengan mood kejap ok kejap tak..tapi sangat sunyi bila dia tidur. Bila dah tidur, rasa eeeee nak kacau dia.

December 4, 2015

Hampir Ke Penghujung

Kesibukkan dengan hal2 dunia dan segalanya dalan sedar dan tidak sedar hampir ke penghujung tahun.

Mama masih lagi under Project Team di Shah Alam. Project dah selesai kalau diikutkan tapi belum boleh dimaktubkan, fasa terakhir untuk cuci cuci, betulkan apa yang perlu dibetulkan.  Kalau ikut surat offer dari HR, attachement mama dengan projek akan berakhir pada bulan 3 tahun depan. Bila berakhir, mama kena kembali pada office mama di KL.

Setiap masa berlalu, tidak pernah sekali ingatan mama pada papa dan mia luput. Kekadang rasa mereka ada berhampiran mama.

Qaseh, si anak kecil yang makin keletah. Saat ini, Qaseh di Perak dengan maktok, gara2 mama kena kerja sabtu dan ahad. Rindu sungguh pada dia.

Allah, rahmatilah kami semua dengan kasih sayang dan rahmatMu. Amin

October 18, 2015

Genap Dua Tahun

Tanggal 18/10/2013 lepas, papa pergi meninggalkan mama dgn Qaseh yang ketika itu baru berumur 5 bulan 5 hari. Kini, tarikh itu kembali lagi hari ini. Genap dua tahun papa tiada disisi kami tapi tetap teguh dalam hati.

Dua tahun berlalu, anak kecil kita makin membesar dengan pelbagai ragam. Biar pun keseorangan membesarkan anak syurga kita, biarpun penat dan lelah, biarpun menangis sendirian, insyallah dengan semangat yang telah papa tinggalkan, amanah ini akan mama jaga.

Alfatihah buat mu suami..

October 6, 2015

Kerana Dia QZA

Dialah kawan bergaduh, dialah kawan ketawa, dialah kawan menangis malah dialah orangnya yang selalu selerakkan mainan dan dialah juga orang yang akan "clean up"  mainannya sambil mulut kecilnya berlagukan irama " clean up..clean up..everybody clean up" :-D  walaupun adakalanya riuhnya lebih dari tindakan hehehehe..

Diakhir September, dia seolah mengerti akan kesedihan dihati mamanya ini..ada karenah yang bikin hati mama rasa "arggghh..eeeee..geramnya".. ada je bahan untuk dia buat mama " busy".

Papa, mesti gembira tengok dia kan..itik gembo gembo yang papa selalu bayangkan bila dia telah mula melangkah..kekadang ada ketikanya datang angin mengusik, saja dilanggarnya mama tika melangkah, mahu marahkah mama pada dia bila  "sorry" sambil tersenyum nakal keluar dari mulutnya..rasa nak gigit ada..

Moga mama mendapat kekuatan dalam melayari hidup kami berdua. Membesarkan dia dengan kasih sayang dan kegembiraan bersama ketegasan.

Ya Allah pelihara dan lindungi anugerahMu ini..terangkan dan lembutkan la hatinya, berikan kesihatan yang baik untuknya, berkati dan murahkan rezekinya, jadikanlah dia anak yang solehah..Aminn.

September 26, 2015

Hari Lahir Mia Ke 8

Selamat Hari Lahir Mia..kenangan itu sebenarnya masih ada. Namun kenangan itu lah kekuatan. Ingatan itu mampu buat mama berdoa untuk Mia dan papa, sebab Mia dan papa ada dalam jalur masa hidup mama nan indah dulu.

Gembira lah disana wahai bidadari syurga..8 tahun, mana masih merindui mu..hingga akhir hayat mama, Mia masih dirindui..begitu juga papa..hingga akhir hayat papa, Mia dan adik tetap dalam hati papa.

Alfatihah

Selamat Hari Lahir Bidadari Kecil

26/09/2007 - 26/09/2015

August 20, 2015

Qaseh Kasih Bertaut

Jari yang comel bersama jari yang kelihatan kasar tapi sebenarnya penuh kasih untuk syurga hati dia..moga gambar ini mampu menjadi terjemahan yang sangat bernilai untuk Qaseh bila dia telah memahami..

Rindu jari kasar itu..rindu genggaman erat melindungi mama suatu ketika dahulu..

Allah, rahmatilah hambaMu itu..

Doa Mama dan Qaseh

Happy Lunch!!!

Huhuhuuu tak boleh la dalam zaman IT ni handphone masuk air hahahaha..ok dah tukar hp lama, jani boleh whazzup..telegram bagai..

Rindu Qaseh ni..pagi tadi dalam kereta masa nak hantar ke nursery sambil dia mamai-mamai, mama bagitahu dia "adik, mama still working today sampai petang tau, adik elok dekat nursery, makan banyak2, main, baca buku tapi jangan gaduh..ok?" dia angguk je kepala hahahha..pastu pesan lagi ni (case mama tak puas hati)..

"Adik, mama cari rezeki tau..adik doa Allah kasi rezeki yang berkat untuk kita yer", dia angguk lagi tapi kali ni dengan senyuman..anggukan dia buat mama jadi sebak. Ya Allah pelihara dan lindungilah anak ini. Amin.


Handphone Masuk Air

Laptop dah ok actually bukan masalah laptop pun yang menyebabkan blog mama jadi caca merba tapi sebab ada gangguan coding yer tak mr utusan? tapi sekarang dah ok. 

Sekarang handphone mama yang masuk air. Segala aktiviti berkaitan whazzup, telegram, line semua tidak boleh digunakan buat masa sekarang. Harap maklum. Bestnya kalau ada orang sponsor handphone!!!

Pulih Seperti Sediakala

Alhamdulillah..Yes!!!

Akhirnya, blog yang tak semenggah ini kembali beroperasi dengan megahnya di laptop mama. Terima kasih tidak terhingga pada temann whazzup mama yang telah membantu mama dengan mengenalkan mr. utusan!! Mr. Utusan, tqvm yer sebab tolong baik pulihkan dari coding bahasa computer tu.

Alhamdulillah, Allah sentiasa hadirkan kawan-kawan yang sedia membantu, bukan sekadar kawan tapi kawan atas kawan jugaa..circles  of friends yang sangat best!!! terima kasih yer semua. Cuba bayangkan segala coretan  yang tersimpan, segala pahit manis tersimpul didalam blog ini lesap, hilang, meroyan tau mama nanti. 

Didalam inilah kisah pengembaraan mama bermula hehehehe...macam citer upin ipin kan. Didalam blog inilah ada cerita tentang bidadarii syurga mama, Mia. Ada cerita tentang pahlawan terbilang mama, tentang semangat dia sebagai pahlawan (pahlawan mestilah semangat kan), ada cerita tentang tengang kawan-kawan mama, keluargaa dan juga ada cerita tentang Qaseh, kekasih mama dan papa.

Nanti mama sambung lagi tapi nak bagitahu, nanti mama nak gantikan baju untuk blog ini.  Lama sangat dah pakai baju ni hingga dah koyak rabak siap kena minta bantuan orang repairkan. Tunggu yer nanti mama  cari baju baru..wink wink wink..


August 19, 2015

Crush Ouchh

Blog mama yang tak semenggah ini tak boleh access tak boleh buka menggunakan lappy!!! arggg stress makcik ni! bila buka akan keluar tulisan computer dlm bahasa lain, bahasa jerman utk org yang buta IT macam mama..

Mama cuba masuk melalui safari pun tak berjaya, firefox pun failed dan siap gagahkan diri download chrome lagi kat Mac tu pun tak jalan. Huhuhu baru nak tukar template blog tau.

Sekarang updare guna hp cap ayam..letih wooo mata dgn jari jemari kematu. Sesiapa yg terror IT boleh pm or send email pada mama tak..kat bawah tu mama attach benda yg keluar bila mama masuk blog guna laptop..Apple Mac..email mama baby.nurinmia@yahoo.com

July 30, 2015

Bila Ada Bergembira Dan Berduka

Selamat Hari Raya untuk kesekian kalinya. Gembira dihari raya? emmm speechless..

Ada gembira, ada duka dan ada juga lara. Gembira dikelilingi sanak saudara, melihat Qaseh gembira. Terkadang terpalit duka dan lara rindukan papa. Rindukan saat beraya bersama..tiada lagi adengan mencium tangan...tiada lagi pelukan dan ciuman dipagi raya. Bertambah sayu hati melihat Qaseh tanpa seorang insan bergelar papa.

Dalam sebahagian yang menyambut kegembiran hari raya ada juga yang berduka selain dari mama..perasaan mama? luka lama berdarah..memori silam kembali menjelma.

Bersabarlah wahai teman-teman..wahai adik-adik. Walaupun ada yang hanya mengenali di laman sesawang, bermesra dalam group whazzup, ada yang pernah berjumpa ada yang tidak, namun apabila perkhabaran duka mengiringi sambutan hari raya..rasa syahdu itu tidak mampu dirungkaikan..

Kehilangan hampir 12 tahun menerjah kembali..saat orang lain beraya, mama beraya dalam kesakitan, bukan kerana sakit gugurnya kandungan tapi sakitnya kehilangan..

Kali kedua juga begitu..baling belakang 8 tahun yang lalu..Mia pergi kala puasa menginjak pergi..harus macam mana perlu dilawan perasaan ketika itu..

Menangislah wahai adik2 dan teman2..tangisan itu bukan tanda kita lemah bukan tanda kita perlu menyerah tapi tangisan itu antara satu cara untuk kita bangun  kembali. Menangis, kemudian kesatlah airmatamu, bangkit dgn tabah dan kuat teruskan kembali perjalanan kalian.

Biarkan bicara-bicara yang negatif berlegar diluar pendengaran kita, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kekadang orang kata, paham..dan paham lagi tapi kadangkala pendapat dan komen yang tidak sepatutnya diberi.

Sila dan tolonglah letak kan kaki dalam kasut kami..bagaimana perit menghadapi satu..bukan satu..dua kehilangan dan mungkin juga kehilangan berganda..ujian yang Allah beri pada setiap hambaNya tidak sama walaupun mungkin keadaan yang sama..jadi janganlah mendabik dada dengan berkata apa yang diperolehi.

Wahai adik2 dan kawan mama, Allah turunkan hujan bersama sedikit cahaya matahari untuk beri pelangi nan indah atas segala ujian dan dugaanNYA, maka percayalah pada DIA..

Mama will doakan kalian..as always..kalian tentu tahu kan bahu mama sentiasa terbuka untuk kalian tumpang berpaut, tumpang menongkat dagu kalian yang comel itu..

Papa, mama tumpang semangat yang papa tinggalkan utk mama. Walaupun kadangkala mama juga tidak kuat tapi bila menangis, mama terasa lega sikit..kesat airmata, pandang cermin..mmmm comel jugak muka mama bila menangis walaupun papa selalu cakap mama tak comel kalau menangis. .kemudian yeah!!! teruskan kehidupan bersama simata bulat kita.

Alfatihah buat mu suami tersayang Mohd Sharif Bin Johari, anak2 mama yang telah pergi, buat Qaseh juga supaya menjadi anak yang solehah dan alfatihah buat anak2 syurga dari auntie mama..main dulu dgn kakak di taman syurga yer..adik2 do take care..cepat recover Nurazieyah dan Norizwani..sayang both of you.

July 20, 2015

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari mama dan Q..maaf zahir batin buat saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yang mengenali secara dekat mahu pun jauh, diantara realiti dan maya.

Buat saudara mara dan sahabat handai arwah papa, ini kali kedua kami menyambut raya tanpa dia disisi tapi berkat doa kalian, kami dua beranak gembira sebab dia tentu bahagia disana dgn doa2 dari kalian..terima kasih semua..

July 5, 2015

Dr QZA

Alhamdulillah, lepas bangun tidur menangis, dapat kain papa tidur kembali dan bangun kembali dengan mood yang lebih baik.

Alhamdulillah juga, asthma dah tak ada, selsema pun dah hilang hanya sedikit batuk yang tinggal.

Dr Qaseh in the house! good girl!! belajar rajin rajin yer..jadi anak yang solehah, asyik hafal doa makan je anak mama ni..

Moga anak mama jadi seorang doctor yang baik, lemah lembut dan sabar. Nak jadi doctor kena kuat semangat, tak boleh putus asa.

Moga nanti boleh bantu orang orang yang memerlukan dengan ikhlas.

Mama love u Dr Qaseh!!

Adakah Dia Bermimpi

Pagi tadi Qaseh terjaga sambil menangis. Bila ditanya kenapa adik menangis, sambil menundukkan kepala, dia menangis lagi. Puas sudah memujuk, puas sudah memeluk tangisan masih sama...jalan terakhir..kain pelekat papa..kain yang telah dibasuh entah berapa kalinya..tapi itu kain fav papa dan sekarang kain itulah ada ketikanya menjadi kain kesukaan anakandanya. Emmm diam dan sambung tidur bila kain diberi.. anak bertuah.

Mesti masa tidur tadi dia termimpikan papa agaknya. Mesti kena marah dengan papa sebab selalu kasi mama susah hati, sebab selalu selerakkan rumah dan mesti kena bebel agaknya sebab lambat sihat..kih kih kih..agaknya..alangkah gembiranya andai mama tahu kenapa anak mama menangis..sedih sebab kena marah atau sedih sebab mimpi ngeri.

Wahai anak mama, andai mahu menangis, menangislah sayang agar tidak menjadi beban buat hati dan jiwa mu..andai telah hilang tangisan itu, bangunlah wahai anak, berjuang dan terus berjuang..kuat hati tabahkan diri..kekurangan yang satu itu bukan kelemahan mu sayang. Walaupun papa tiada di depan mu seperti papa orang lain tapi ketahuilah sayang papamu sentiasa di hati. Jangan pernah dilupakan..

July 4, 2015

Nebulizer Lagi

Hari ni kali ketiga Qaseh kena ambil nebulizer. Anak yang kuat. Redha menyerah bila doctor pasangkan nebulizer mask dekat dia. Tiada tangisan mahupun senyuman hanya wajah yang kosong.

Doctor tambahkan dos ubat neb utk dia..harap dia cepat pulih.

Qaseh, hari ini tak terik sangat cuaca, hujan dah turun, makan cuaca sesedap rasakan..makan cepatlah sembuh.

July 3, 2015

Qaseh Kena Asthma

Qaseh tidak sihat..mulanya demam, kemudian selsema dan batuk..semalam doctor kata ada tanda dia kena asthma..oh papa! 

Hari ini adalah hari kedua Qaseh kena ambil neb dan review ubat. Moga keadaan akan lebih baik dan dia tidur lena malam ini tanpa batul dan muntah.

Doctor kata, dia tak serasi atau ada alahan pada keadaan cuaca yang sgt drastik. Memang betul rasanya, bila musim hujan dan sejuk, bila panas dan kering beginilah keadaannya belum lagi nak kira kulit yang sensitif..makan akan bergaru garuan la jawabnya.

Papa dulu selalu kata, ucuk ni mengada mengada sebab panas pun tak tahan..tapi sekarang anak kesayangan papa lagi dasyat sensitif dia tau.

Doctor kata, alergic ataupun alahan Qaseh akan beransur hilang selari dengan peningkatan usianya.

Wahai anak mama dan papa yang busuk masam lagi comot, adik kena kuat, kena bertahan, kena lawan sakit adik yer.  Qaseh tahukan mama selalu susah hati kalau adik tak sihat..sunyi tau mama tak ada kawan nak ketawa, tak ada orang yag mama boleh usik..tak ada orang yang nak gaduh dengan mama..rindu mama kalau sehari adik tak panggil mama dengan suara halus adik tu..

Abang,  kami senantiasa mengingati papa. Moga rahmat Allah sentiasa bersamamu wahai pahlawan. Aamin

June 18, 2015

Tentang Qaseh Dan Aktiviti

Gambar petang tadi kala mama sebuk do dapur..tak lah sibik sangat tapi memang ada kerja di dapur.

Sambil buat keje dekat dapur mengintai  Qaseh sebab sunyi pula tak dengar suara dia..rupa- rupanya dia telah buat "kerja" memunggah laci papa!

Memunggah ok lagi memang boleh mama terima tapi kalau berdiri dalam laci tu hahaha kena jeritan mama secara spontan..aduhaii anak papa ni, bila maraj sebelah kaki aje dikeluarkan..siap buat muka mengejek lagi..

Papa, perangai Q macam papa!

Puasa Pertama - Berbuka

Alhamdulillah, hari ini keluar dari office jam 5 petang, ikut kakak office dari belakang tanpa dia sedari sebab nak elak jalan jammed..nampaknya jalan tak jammed berbanding semalam..hari ni sampai rumah lepas ambil Q dalam jam 6 petang.

Lega rasanya dapat ambil Q awal. Ada PARAM sebelum sampai rumah tapi mama sengaja tak singgah sebab tengok macam ramai sangat dan lagipun berbuka puasa seorang diri, apa lagi nak carikan.

Papa, arini mama berbuka dengan nasi dan ikan bilis yang digoreng  dengan sedikit cili api dan bawang..tak tertelan sangat walaupun itu lauk yg sering kita makan dahulu..lambat juga tadi makan sebab tidurkan Q papa..merengek mengantuk..

Papa, kejap lagi mama kirimkan hadiah yer..moga papa gembira

June 17, 2015

Sendirian..

Untuk ke dua kalinya ramadhan tiba..mama sendirian lagi..sukar  sebenarnya untuk bercerita apatah lagi meluahkan perasaan..

Bukan untuk meminta simpati tapi hanya disini, segala rasa dapat mama luahkan supaya hati tidak terbeban, supaya badan tidak binasa..sekurang kurangnya kelegaan itu akan hadir..

Ramadhan bulan keberkatan. Mama harap mama dapat membuat amal kebaikan, mencari yang wajib, pahala untuk diri mama, utk papa juga dan family kita..rindu sangat pada papa ketika ini..

Kalau papa ada, sekarang pun papa dah fikir dan makan apa ketika sahur nanti sebab papa rajin bangun untuk masak sahur..kekadang mama pun bangun sekali tapi 'melengun' dekat meja makan..sekali dua aje macam tu dan selebihnya, papa akan gerakkan mama bangun bila sahur dah tersedia..

Esok, entah..mama tak pikir nak makan apa ketika bersahur..keseorangan..Qaseh masih kecil.. terasa tak tertelan makanan dalam kerongkong ini..

Ya Allah, rahmatilah suami ku..tabahkan diri hambaMu ini..

Esok Ramadhan

Esok ramadhan..dan esok juga bermula episod kedua..cukup dua tahun berpuasa keseorangan di temani si anak kecil..

Papa, dua ramadhan mama tempuh tanpa papa..rindu kian kalut berterbangan dalam hati, kian kabut dan kabus di mata..

Sangat perit bila berbuka dan bersahur keseorangan tapi mama harap, mama makin kuat untuk mengharunginya tanpa sebutir pun mutiara hadir..

Selamat datang wahai Ramadhan..moga Allah kuatkan semangat ini...tabahkan hati ini..

June 13, 2015

Cerita Q Dan Rindu

Hari ini tanggal 13/06/2015, genaplah usia Qaseh 2 tahun sebulan. "Budak merah mata bulat mulut kecik" papa kata..

Hari ini juga hari terakhir untuk semester pertama Qaseh dalam kelas renang. Hari yang sangat bagus untuk dia sebab nampak dia sangat enjoy bila teacher bagi arahan. Insyallah semester baru bersambung selepas raya -:)

Bulan puasa akan tiba..mmmm kali kedua berpuasa tanpa papa..rindu nak berpuasa macam dulu..rindu abang!! rindu sangat2!!!

June 6, 2015

Undur Kebelakang Seketika..

Lama sungguh tidak mencoret, terasa rindu..

Bulan lepas genap Qaseh dua tahun. Cepatnya masa berlalu..

April 30, 2015

Tiada lagi Ucapan Mu

Akhirnya untuk kesekian kali, kolam yang dijaga supaya tidak dipenuhi air melimpah jua saat malam menginjak pagi..

Sunyi..tiada ciuman didahi dan ubun ubun  ketika lena seperti dahulu, tiada lagi ucapan Happy Birthday Ucuk!

Papa, ia sangat menyakitkan sebenarnya.   Mama ingat mama tidak akan menangis lagi ketika birthday mama yang kedua tahun tanpa papa disisi tapi menangis jua akhirnya.

Papa, untuk kesekian kalinya hadiah istimewa papa sentiasa akan menjadi hadiah yang sangat bermakna untuk mama..

Terasa kepedihan bila papa tiada untuk menjadi insan pertama memberi ucapan hari lahir pada mama.

Papa, mama akan kuat dan tabah bersama hadiah istimewa papa  walau saban tahun ketika angka ini tiba, kerinduan, kepedihan itu tetap akan sama dan bertambah.

#Throwback

"Happy Birthday Ucuk, Moga Sihat Dan Bahagia Selalu, Jadi Ucuk Abang Yang Solehah..Aaminn.. sorry tak ada hadiah"

Papa, itulah hadiah yang mama suka..doa seorang suami buat isteri. Emmm kekadang ada juga hadiah walaupun tak semewah orang lain kan papa. Paling best dapat makan walaupun tempat yang biasa pergi..

Ucuk..mama sayang abang..papa..psstttt papa, mama cari riben tak jumpa..nak ikat reben kat hadiah yang papa beri pada mama ni..

p/s : dah pandai nak buat peace hadiah papa tu..

April 6, 2015

Bila Qaseh Membesar..

Papa..Mia..lihat anak kecil ini, lihatlah Mia adik kecil awak..semakin hari semakin besar, semakin banyak ragamnya.

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...