June 9, 2010

Ku Berjalan Didalam Hujan..

Hujan yang turun bagaikan airmata..uhhh!! dalam hujan aku mengasak jalan bersama 2 orang kawan aku merentas batas-batas jalanan bertemankan air hujan, berselimutkan kesejukkan dan berlindungkan payung yang kepenatan memayungi kami..

Aduh, time balik kerja boleh lah pulak si monorel ni buat hal..penat-penat dari office pergi station tu, boleh pulak dengan selamba staff monorel tu kata monorel tak ada, rosak sampai malam untuk 2 hala..cubalah buat announcement kat radio bagitahu so adalah alternative lain..ni idak, kalau tak tanya, tak adalah nak bagitahu kat customer, jenuhlah customer dok tunggu..nak tak nak ramai yang terpaksa dan memaksakan diri sendiri untuk melangkah kan kaki kearah yang berlawanan..kearah yang lebih jauh untuk pulang ke pangkuan keluarga..begitu juga dengan aku dan kengkawan aku..jap nak tunjuk gambar monorel...



Adoi!! penat tu jalan kaki..pastu naik STAR lak kat stesyen Hang Tuah..jauhnya aku jalan arini..nasib baik pakai selipar ASADI je kalau kasut tumit tinggi mahu aku jinjing kasut tu..tapi aku jarang sebenarnya pakai kasut tinggi ni..sakit tapak kaki je ahaksss cuma bila rasa macam nak bergaya je baru sarung jap..nasib baik kawan aku kasi tiket lebih dia kat aku kalau tak mahu satu hal aku kena baris beli tiket..so far ok lah STAR tak lama aku tunggu dan tak ramai pun org yang nak ke destinasi yang sama..turun kat Masjid Jamek..konon nak naik PutRA LRT pulak kat siut untuk ke KL Sentral tapi..arggggg AKU BLURRRRRR..aku pandai membaca, pandai berkata tapi tu la pasal AKU BLURRRRR aku boleh pergi ronda depan Dataran Merdeka pastu balik balik kat Masjid Jamek..wakakakaak memang teruk betul aku kena arini..jauh perjalanan..jalan sensorang dalam hujan..if Mia ada, mesti dia malu bila mama dia BLURRRRR kan..


2 comments:

hAsiFzuL said...

hahaha,muma,sme r~ x sangke an~ ade chemistry..hahahah
muma,dpt tket free an?

Mamanurin said...

heheeeh tak lah..mama bila sampai station raja chulan tu, bila diaorg kata tren tak ada, mama terus gi jlan kaki sampai hang tuah..tak ke sior mama nak ambik tiket free tu bila monorel tak ada..time monorel tu ok, tak nak lak kasi hehehe

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...