June 20, 2010

Tentang Hari Bapa..Hari Minggu..Hari Rehat

Selamat Hari Bapa!!!

Yeah arini hari minggu..Hari Bapa disambut hari ini..Selamat Hari Bapa buat ABAH tersayang, yang sentiasa mengambil berat tentang anak-anak dan menantu..yang sentiasa memberi perhatian pada anak-anak walaupun kami telah berkahwin..yang sentiasa ada untuk kami berkongsi segalanya..rasa gembira..rasa bahagia mahupun rasa sedih..yang sanggup berkorban segalanya untuk kami anak-anak dan juga menantu..moga ALLAH melindungi abah dan mak..moga Allah berkati hidup abah dan mak dengan NUR dariNYA..masih aku teringat dan sampai akhir hayat akan ku ingati memori ini..abah kesedihan..tak pernah aku melihat abah dalam kesedihan dan abah menangis..abah menangis sebab aku!!

Yer, abah menangis ketika aku dalam pantang arwah Mia..mungkin kerana tak tahan melihat aku dan suami..mungkin abah sedih tengok aku berpantang tanpa baby disisi macam orang lain..walaupun tak pernah aku menunjukkan kesedihan dan tangisan aku pada abah dengan mak..dulu masa kehilangan MIA, aku sering memendam tangisan aku sebab tak nak abah dan emak sedih, dan bila melihat abah sedih, aku disayat pilu yang amat sangat..tika ini pun aku rasa sayu sangat..

                                                                                                                                                                                                                                             Abah dgn Mak
                                                                                                                       

Selamat Hari bapa juga buat suami tersayang..if Mia ada, sure dia pun suka nak ucapkan ucapan azimat tu  walapun mungkin pelat sedikit..walaupun sambut hari bapa tanpa ucapan dari seorang anak, abang jangan sedih ya, sebab Mia sambut hari bapa kat sana..sambut dengan kawan-kawan dia..gembira dia kat sana..mama tahu, papa tentu akan bawak kitaorg jenjalan kan untuk celebrate father's day ni kalau Mia ada..tapi tak apa, mama faham..tadi pun papa dah bawak mama breakfast kat luar..thanks dear..

Tadi breakfast murtabak kat kedai mamak..yummy sedap!! but tengah sedap makan, ada lah pulak insan yang tak berhati perut merokok la pulak..rasa sakit hati sgt, tak hormat og lain nak makan..dah ler sebelah meja insan tu ada perempuan pregnant, boleh selamba dia hisap rokok..busuk giler!! hubby dah tak senang duduk..bengang dengan "org yang tak berhati perut" tu.. nak merokok pergi lah jauh dari tempat org makan, awak tu dah settle makan, bla la dari situ..uhhhhh tak fikir langsung pasal orang lain..tak pernah ke dia ni fikir kalau orang lain buat macam tu kat family dia..ishhhh asap merokok tu membahayakan kesihatan wey! renung-renungkanlah..kasihi lah family sendiri..ishh ishhh ishhh ..

Hari ni juga hari rehat aku..rehat dari aktiviti memasak coz' hubby kata dia nak memasak..so breakfast tadi merangkap lunch..now hubby tengah prepare untuk jadi chef kat dapur tu..minum petang terus ke dinner, boleh gitu? bestnya..aku rasa bangga sangat dengan hubby aku sebab sudi memasak untuk aku dan diri dia sendiri..ur the best hubby!!!

Untuk insan-insan yang bergelar bapa, Selama Hari Bapa..Happy Father's Day. Moga terus menjadi bapa yang penyayang dan bertanggungjawab pada keluarga.

5 comments:

Unknown said...

wahh..sweet hubby mama ye..=)

Mamanurin said...

zalin, tq tq tq..oklah tu zalin, boleh dibanggakan klu dia tolong kat dapur..tapi jgn suruh dia iron baju..hahahah upah lumayan pun tak adanya dia nak hehehe

Mamanurin said...

zalin, tq tq tq..oklah tu zalin, boleh dibanggakan klu dia tolong kat dapur..tapi jgn suruh dia iron baju..hahahah upah lumayan pun tak adanya dia nak hehehe

Mamanurin said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

hihihi..:)

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...