June 25, 2010

Tentang Tanggungjawab..Sunyi

Semalam monorel buat hal lagi, dan aku terpaksa menapak lagi dan kebetulan semalam aku tumpang kawan opis dan kami menapak dari office hinggalah ke parking kereta berdekatan putra station di Bukit Nenas..husband kawan ku sudah menunggu..jalan jammed lagi!! kenapalah sekarang monorel asyik meragam aje..pengurusan yang tak sistematik, lembab or what? menyusahkan customer aje..dah tahu monorel tu tak menjalankan perkhidmatan, jangan la dijual tiket.tiket still jual pastu customer still menunggu..yang menggunakan touch & go pulak duit tak refund, disuruhnya claim dengan company touch & go pulak..eeeee banyak songih betul. Bila tanya lebih kat kaunter, muka masing-masing tak ada yang manis..argggg bosan giler dengan public transport ni.

Dek disebabkan kepenatan berjalan kaki, malam tadi memang rasa mengantuk sangat..terlalu mengantuk..tidur awal but tetiba dengar hubby kata dia sakit dada. Aduyai!!! penat tak hilang lagi ni dah jadi kelam kabut lagi sekali..so mata yang mengantuk ni pulak susahlah nak tidur..tidur ala ala tidur ayam aje..rasanya hubby kepenatan sebab dok melayan bola sepanjang piala dunia ni..

Masih terasa begitu sunyinya hidup bila berdua sahaja di dalam rumah. Rumah aku ni seolah-olah tak berirama disebabkan tak ada tangisan or hiruk pikuk anak-anak kecil..rindunya suasana macam ni..ishhh anak-anak sedara pulak dah lama tak datang jenguk maklong dengan paklong mereka ni..uhhh bestnya kalau bebudak tu datang, tak kisahlah rumah tunggang langgang janji ada suara mereka..

2 comments:

Rizziela said...

Memang bermasalah betullah penganggkutan awam di Malaysia ni...selalu menyusahkan pengguna...

Mamanurin said...

tu la ziela...letihnya..berpeluh peluh dibuat dek diaorg ni..sesiap yang berkenaan tu tolong lah..tolong kasi upgrade lagi perkhidmatan awam kan..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...