July 3, 2010

Tentang Ibu yang kejam..Aku yang penyayang..

Telah puas aku mencari waktu yang sesuai untuk aku terus mencoret, bercerita dan meluahkan rasa hati, akhirnya hari ini aku berkesempatan menjengah "rumah" ini..rumah yang penuh dengan pelbagai cerita suka dan duka.

Minggu ini juga adalah minggu yang penuh dgn kerja-kerja medical..start again treatment yang telah sekian lama aku tinggalkan..start again appointment dengan specialist aku..uhhhh dos ubat ku dinaik kan..Dikala aku begitu busy dengan permulaan treatment aku, tetiba aje kisah pembuangan bayi tertera di muka hadapan suratkhabar..aduh!! zalimnya engkau wahai ibu! sampainya hati engkau, membuang bayi sendiri..berfikirlah dengan waras wahai wanita, berfikirlah sejenak..betapa bertuahnya engkau..berfikirlah sebentar kesusahan wanita or insan-insan lain yang begitu inginkan baby sebagai  penyeri hidup dan rumahtangga, terpaksa melalui pelbagai halangan dan rintangan demi seorang anak..tapi engkau wahai insan, tiada hati dan perasaan, kasih sayang telah hilang dalam diri engkau, tergamaknya engkau membuang bayi dan anak sendiri..tergamaknya!!!

Dugaan dari Allah pada hambaNYA berbeza-beza..aku hanyalah hamba yang lemah..aku hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal padaNYA, moga usaha aku dan suami tak akan sia-sian. Dengan permulaan treatment, setiap hari aku terpaksa bertukar profesion sekejap..menjadi seorang doktor dan nurse untuk diri sendiri berbanding dahulu, semuanya suami yang membantu..sebabnya, injection tersebut terpaksa aku lakukan sendiri pada lunch hour berbanding dengan dahulu pada waktu malam hari..aku dah terror dalam menyuntik diri sendiri  hahaha..

Sabtu bersamaan dengan 3/7/2010, aku ada appointment lagi sekali..so hari ni dah jumpa doctor, dapat habuan lagi, injection lagi for 3 days ahakssss..next week monday, ada lagi satu appointment..doctor kata nak ambik darah and scan aku..aku tak kisah, janji aku berusaha untuk diri aku sendiri, untuk suami dan keluarga ku, dan berharap Allah yang maha penyayang akan mengurniakan jua pada aku dan suami pengganti arwah anak kecil ku Nurin Amni Damia Khalilah..entah mengapa, aku begitu menyukai nama dia..suka sangat..

7 comments:

produk ococ said...

ubat kesuburanke yg cucuk kat perut tu? org kata sakit ek cucuk kat perut tu?

Mamanurin said...

a'ahhh cucuk kat perut..first day, doctor buat, the second day sampai 4th day, buat sendiri kat opis and arini appointment, doctor buatkan..bila ubat tu dah masuk dlm, rasa macam urat belakang tu tegang..sakit giler..tapi redha je..nak baby kena usaha kan?

Yasmin Nabilah.. said...

Mama nurin..

ina pun penah gak nak letak nama Nabila khalilah..tapi tak jadik..hehe..nama yang sedap..!

Unknown said...

Salam,

Hi. moga segalanya berjalan lancar... amin amin yarabbalalamin~

me pun rasa macam nak recycle name Ewan tapi karang terkenang over plak. sampai Eiman seminggu dah lahir masih tak kompom nama lagi... gara-gara nak samakan E dan A dan 9 huruf :P

Mamanurin said...

terima kasih nurul..amin ya rabillalamin..

hehehe.,,tu la pasal. tak apa u dah ada eiman, doakan akak pulak yer

Jiey^Mien said...

Aminnnn..
Moga ada rezeki lagi dariNya..
=)

Mamanurin said...

amin......... terima kasih mama ian, harap2 doa2 semua org akan allah teriman..hoping rayyan pun makin banyak kemajuannya..

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...