Mia, masa mama mencoret kata-kata dari hati mama ni, mama ada kat hospital Ipoh, sebab mama temankan papa dialysis. Pagi-pagi lagi kami berdua merendek dari Taiping tau..kalau bukan bulan puasa, mesti dapat sarapan kat highway hehehehe..arini papa dialysis 3 jam aje sebab papa tak ada mood nak buat lama sebab papa tak sabar nak raya esok.
Ummm esok raya la Mia, Mia raya tak kat sana? Mia raya tiap-tiap hari yer, tentu Mia lagi seronok kan sebab kat sana best, air susu lagi sedap dari susu mama kan..lagi sedap dari segala galanya..baju raya Mia pun mesti cantik-cantik dan comel-comel macam Mia..barang kemas Mia pulak mesti lip lap lip lap..wah!! berseri anak mama ni..semalam papa bawak mama pergi cari tudung baru untuk mama..minggu lepas tak sempat nak cari kat KL sebab mama sebuk cari baju untuk cousins Mia..Mia nak tanya cantik tak baju mama belikan buat diaorg yer? cantik sangat-sangat..kakak aqilah siap peluk mama, kiss mama lagi sebab dia suka gaun yg mama kasi..habih penuh air liur kakak aqilah tu kat pipi mama ekekeke..kelakar la Mia, kakak Aqilah tu..
Mia semalam juga mama pergi rumah Mia..rumah banglo Mia kaler putih tiang dua tu..aduhai sayang, rindu tak terkira hati dan jiwa raga mama serta papa. Mia tahu kan papa dgn mama datang kan? Mamam cakap dengan papa dah, yang mama nak tukar rumah banglo Mia, nampak macam dah usang pulak banglo Mia, Mia nak tak? alaa tak apa, mama tahu kalau boleh Mia nak sembang lama dgn mama serta papa, Mia nak main-main dengan mama kan? mama lagi lah nak main-main dgn Mia, nak buli Mia, nak peluk mia erat-erat..tapi mama tak sedih sangat sebab Mia sambut mama dengan bayangaaa taman syurga..byk kuntuman bunga tumbuh subur kat banglo Mia..syahdu dan tenang aje rumah Mia..mama suka sangat sayang.
Esok dah raya sayang, mama rasa macam dah sarat sangat airmata mama ni..macam tak tertanggung lagi rasa rindu mama...macam mana ni Mia? esok maktok kata nak masak mee rebus kesukaan mama..kalau Mia ada, tentu Mia pun suka makan me rebus macam mama..maktok punyer mee rebus sedap sangat Mia..esok juga kalau Mia ada, tentu poket baju Mia dah penuh dengan duit raya..ha ha ha tapi mama lah kaya sikit dari Mia sebab duit Mia tu surelah mama yag simpan kan? tak sanggupnya nak dengar takbir raya malam ni, hati dan perasaan tetiba rasa beku sangat Mia..pelbagai perasaan yang melanda diri mama, ada seronok sebab esok raya, tapi banyak yang sedih sebab Mia tiada..sebab Mia tinggalkan mama kala Syawal menjelang, dah mama fobia!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Laut Biru
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
-
Kaki mama masih lagi sakit, weekend dua hari hanya duduk bersenang-lenang kat rumah, bosan memang bosan tapi tak seronok nak keluar kalau be...
-
lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...
1 comment:
Selamat Hari Raya akak...semoga diberkati olehNya...raya kali ini sedih juga buat saya dan suami krn tahun lps beraya dengan `Ukasyah...
take care =)
Post a Comment