October 2, 2010

Tentang Mama Tak Sihat

Salam..

Hari ini adik-adik mama dengan anak saudara mama si Mya Sara Dean tu ada kat rumah ni..penuh dan riuh rendah dengan suara Mya Sara dan mummy dia yang penat melayan karenah "anak dara" tu..mama pun kekadang tersasul bahasakan diri mama kat Mya Sara tu.."mama" hahaaha ingat anak sendiri pulak..

Mama tak sihat dari semalam lagi..blood preasure malam tadi buat sendiri pun naik sikit dari paras normal..mesti gara-gara demam, batuk dan selsema ni..badan pun sengal dan bisa rasanya..tak boleh tidur..papa pergi buat dialisis..tak kasi mama temankan dia kononnya mama tak sihat..

Hari ini pun, jemputan untuk open house pun berderet-deret..larat ke mama nak pergi? tekak terasa perit sangat dah ni, mata pulak dah berair..mesti panas sangat badan mama ni..tak tahu kenapa mama tetiba tak sihat..uhhhh malas nak pergi jumpa doktor..penat nak tunggu doktor check..dah bosan hahaha..

Lepas pergi open house rumah kawan mama dengan papa, nanti nak bawak Mya Sara pergi jalan-jalan..pakai stroller "Kakak Mia" ya..adik pinjam tau..mama aja je tak  sedekahkan stroller ferrari Mia tu kat orang lain sebab stroller Mia cantik, laju sebijik macam ferrari..mama nak rehat jap ya..rasa dah lemah sangat ni..

1 comment:

iCaLoVeZiE said...

jaga kesihatan ye.. kesihatan sangat penting.if demam sikit pun, mesti pegi klinik :D

Popular Posts