Sabtu yang penuh dengan jemputan rumah terbuka..sabtu yang mana periuk di rumah sendiri digantung, dapur pula tak berasap dek kerana memenuhi jemputan rumah terbuka..hari ini juga hari yang penuh dengan pelbagai macam kenderaan jalan raya, di jalanan, highway pun jammed juga..
Terlalu banyak jemputan rumah terbuka yang perlu dipenuhi, pada detik dan waktu yang sama..aduhai macam mana mama dengan hubby nak handle ni, kalau tak pergi kawan-kawan kecil hati...sedara mara mesti marah kan..mama dengan hubby cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan semua orang..mama ni segan nak pergi rumah terbuka ni, almaklumlah mama dgn hubby cuma berdua..uhhhh tengok kengkawan lain bawa anak-anak walaupun seorang, hati dah macam terluka..mama tak ada sapa nak bawa..
Mama rasa rendah diri sangat..takut pun ada..sebab tak tahu nak jawab macam mana if ada orang bertanyakan "anak berapa orang", "tak bawa anak sekali?".. kalau dijawab mesti ada pertanyaan lain kan.."sakit apa", "macam mana boleh jadi macam tu"..peritnya perasaan setiap kali terpaksa berdepan dengan soalan-soalan seumpama itu..pastu pasti ada yang kata, "tak apa, nanti ada rezeki lain", 'sabar" yer..huhuuu mama dah hafal semua itu..mama tak salah mereka yang bertanyakan soalan demikian, mama juga tak menafikan akan kuasa Allah..cuma yang mama tahu, Mama memang terkilan sebab anak mama tak ada dengan mama, tak dapat tengok dia membesar seperti anak-anak yang lain..
Buat teman-teman yang mama tak dapat penuhi jemputan rumah terbuka, especially buat ibu nabila (noina), maafkan mama yer..dah terlalu lewat untuk mama bertandang ke sana, tak manis tetamu bertandang di kala malam telah berinjak tua, pasti nanti disturb masa rehat tuan rumah..insyallah, mama pasti akan cari ruang masa yang lebih untuk mama bertemu dengan nabila..
1 comment:
takpe mama..:) ibu faham..:) maybe next time..takpun..dtg jelah umah..sementara ibu tgh cuti nih..ari biasa pun takpe..:)
Post a Comment