Cake Yang Paling Sedap |
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to you..
Happy Birthday to Mia..
Happy Birthday to you.
Hari ni birthday Mia..hari lahir Mia yang ke 3 tahun..muahhhhhhhh..kiss dari mama disini buat anak mama di sana..malam tadi mama tak boleh tidur, mama rasa teruja sangat sebab hari ni nak celebrate birthday Mia..teruja sebab apa pun mama tak pasti..macam nak buat majlis untuk Mia aje..
Pagi tadi mama bangun awal sangat, bestnya kalau Mia ada, tentu mama dah surprisekan Mia walapun Mia kecil tapi mama tak kira, mama nak juga buat surprise! mama pandai sangat buat surprise ekekeke.. betul..papa pun kata mama pandai buat surprise! sayu sungguh perasaan mama bila jaga dari tidur yang tak lena..mama kata pada papa.. "hari ni birthday Mia" papa angguk aje kepala..mesti tak nak kasi mama sedih lagi..tapi mama tetap sedih juga sayang..mama kata lagi pada papa "hari ni dia dah 3 tahun kalau dia ada, mesti nakal kan" dan papa tetap macam tadi sayang, masih terus dengan anggukkan kepalanya..papa pun sedih ker Mia?
Akhirnya rasa pilu dan sedih mama tak mampu mama bendung...manik-manik mutiara terus berguguran..teresak-esak mama menangis..menangis pada hari lahir baby mamay ang cantik lagi comel ni..maaf yer Mia sebab mama nangis, supposed mama sambut birthday Mia dengan tawa riang yer? aduhai sayang mama, macam mana mama boleh ketawa riang seandainya tarikh keramat ini, adalah hari dimana Mia keluar melalui tingkap..melalui operation..masih lagi ada parutnya sayang..macam mana mama nak tersenyum manis, andai insan istimewa yang sepatutnya mama raikan tiada di sisi? Papa bila tengok mama nangis, terus kata "tak nak nangis..tak cantik..tak elok..nanti mesti budak kecik tu marah kalau mama nangis". Aduh! perasaan bagaimana perlu mama hadapi..
Pagi-pagi lagi mama dengan papa pergi breakfast kat luar, konon-konon celebrate birthday Mia..tapi kami berdua je yang makan..Mia tak ada..tak ada Mia untuk potong kek..tak ada Mia untuk buka hadiah dari mama dan papa..tak ada Mia untuk kiss mama dengan papa..tak ada Mia untuk mama dengan papa peluk erat-erat, gomol-gomol sampai Mia nangis..semua tak ada untuk mama celebrate dengan Mia..
Hari ni juga mama pergi rumah officemate mama..anak officemate mama sebaya dengan Mia..pedih hati Allah aje yang tahu..rasa nak balik cepat aje..nama dia pun Mila..hampir sama dengan Mia kan? kami sama-sama pregnant cuma mama cepat 2 bulan aje..uhhh!! sakitnya perasaan masih belum hilang walau telah 3 tahun berlalu..
Esok mama ada buat majlis sikit kat office sempena birthday Mia hari ini..mama order aje..cuma satu aje yang mama masak kat rumah kita..atas permintaan officemate, mama kena masak spaggetti..mama sambut dengan kawab-kawan mama tau birthday Mia..anak mama janganlah sedih ya..mama tetap ingat hari lahir sayang mama ni..sampai akhir hayat mama..
Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear..apa lagi yang perlu mama ucapkan buat si kecik mama ni? Moga anak mama gembira disana..moga anak mama sentiasa ingatkan mama dengan papa disini..tunggu kami yer..doakan kami disini menjadi hambaNYA yang kuat dan tabah..
Allah telah selamatkan kamu anak ku dari dunia yang kejam ini..Allah telah memilihmu dari ku..Allah lebih menyayangimu dari mama dan papamu ini..insyallah, kita pasti bertemu nanti..Selamat Hari Lahir Sayang..Selamat Hari Lahir..Happy Birthday Dear Nurin Amni Damia Khalilah Yang Ke 3 Tahun.
4 comments:
Happy belated bessday Mia... Mia kat sana dh besar..dh 3 tahun dah pandai cakap... mesti dr jauh die ckp..syukran mama...kerana igt besday Mia...:))
Sedih...Kejap je rasa masa berlalu tapi hati yang terluka terlalu payah nak berlalu pergi kan mama Nurin...Semoga terus diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang...
Lots of Love...
Mommy Aqil
mummy ayu,
terima kasih..uhhh haaa Mia dah besar, mummy jangan sedih, Mia jaga adik Alanna kat sana..
auntie pinky -:)
terima kasih
happy belated besdey Mia.. mama mia jgn sedey sgt yer.. Sayu ati tiap kali bca blog mama Mia. will always follow this blog ♥
Post a Comment