September 22, 2010

Topik @ Office

Salam,

Hari ini macam biasa je..kerja kat office pun so far so good..mood aje yang pepagi tak berapa nak bagus. Sudah berulang kali mama dah pesan, dalam meeting pun dah bagitahu but still jugak ada yang tak ikut guideline..uhuuuuu geram gak mama di buatnya..penat kena call another department nak cari information yang sepatutnya..

Sejuk sungguh kat office tu, stoking, baju panas pun tak dapat cover kesejukan aircond semenjak dua menjak ni..kalau tidur, mahu dah tarik selimut sampai kepala..arini topik kat office petang-petang sebelum balik adalah berkenaaan dengan ibu tumpang, buang bayi dan yang sekarang tengah glamour kat newspaper ialah sekolah untuk remaja yang pregnant kat Melaka..juga berkisah pada pembuangan bayi..

Seronok juga kekadang bila tak ada kerja pastu bergosip pasal citer-citer macam ni..huhuuuu gempak jugak..mama bersuara pada kengkawan mana, "naperlah diaorg yang buang anak ni tak nak buang kat depan pintu umah aku ni, kalau  depan pintu dah sah sah aku ambil bebudak ni.." kawan mama kata, diaorg tak tahu yang mana nak bela..wahhhh!! mama rasa mama kena buat iklan agaknya yerk!!

Ishhh kalau ada orang nak kasi baby, mama sedia hulur dua belah tapak dan lengan mama menerima baby-baby ni..bestnya!!! alamak...Mia jangan cemburu ya sayang, Mama sayang Mia jugak..tak adasiapla yang boleh hilangkan kasih sayang mana pada Mia..

4 comments:

Yasmin Nabilah.. said...

betul..buang kat uamh sure ada je org yang nak bela..huhu..

Jiey^Mien said...

nanti jiey tlg advertise skali..

Mamanurin said...

ina and jiey,

ekekkekek thanks banyak2..best ni kalau ada orang nak kasi baby huhuuu tapi lagi best dapat anak sendiri kan..insyallah amin amin amin, mama berjuang kearah itu hahahaha..

Kak Amy said...

Salam..

amy singgah baca entry sambil follow,jemput ke teratak amy ye n follow me too

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...