January 20, 2011

Rindu Hati Mama

Hari ni public holiday, mama cuti. Tapi walaupun cuti, mama bawak balik kerja dari office. Papa pergi dialysis pagi tadi, Mama tak ikut sebab badan tak sihat, lagi pun, mama sakit mata! hehehe mata merah menyala.

Semalam, mood mama kat office pun tak bagus, rasa letih sebab badan tak sihat, pastu mata sakit, kerja yang banyak,,uhhh memang tak ada langsung perasaan semalam. Nasib baik semalam papa ambil mama kat office kalau tak, rasa tak mampu nak bawa kaki mama melangkah ke monorel tu..aduh!!! mama rindu Mia!!

Mama rindu Mia, rindu sangat..mula tu mama tak nak layan rasa rindu tu, tapi bila membaca luahan hati mummy alanna "adik pernah wujud", mama jadi rindu sangat pada Mia..membaca coretan itu, hati mama disayat pilu, airmata turun tanpa boleh ditahan-tahan..mencurahkan perasaan ketika ini pun airmata masih lagi mengalir.seperti mama, mummy alanna pasti juga rindukan "adik nun"..kami ibu yang diduga...rindunya mama..anak sendiri tak sama dengan anak orang lain kan Mia hatta anak saudara..beratnya perasaan mama sekarang..

Mia, mama rindu..mama rindu Mia, rindu sangat..mama sayang Mia, sayang sangat. Kadangkala mama nak sembang-sembang dengan mak tok serta tok ayah tentang rasa rindu mama, tentang rasa kehilangan mama, tapi mama tak mampu Mia walaupun hati berdetik nak bercerita namun tiada kata yang terluah..mama tak mampu nak berkongsi rasa, nak berkongsi rindu mama dengan mereka berdua yang kerna mama rasa mereka lebih sedih dari mama..mama tak nak mak tok dengan  tok ayah sedih tengok mama sedih..tapi Mia, mama rindu anak mama...

Papa pun rindu Mia, tapi papa tak akan bercerita tentang Mia jika mama tak memulakannya, mungkin sebab tak nak mama sedih..papa suka cakap, Mia tu..Mia ni..papa selalu anggap Mia dah besar..tapi mama tetap anggap Mia anak kecik mama..anak mama yang senantiasa mama nak ambil tahu apa yang Mia buat..apa yang Mia pandai..tapi...

Minggu depan, mama nak balik kampung..mama cuti panjang dalam seminggu..mama nak pergi rumah Mia, moga terubat sikit rindu mama..tok ayah nak buat kenduri, segala macam kenduri tok ayah nak buat macamlah tok ayah tu kuat sangat kan..tok ayah kata nak buat kenduri untuk Mia juga..moga Mia gembira nanti bila ramai yang berikan Mia mama hadiah..

Mia, rindu mama dengan papa tak? ingat mama dgn papa?  Mia masih ingat macam mana papa jaga Mia, masih ingat Mia pegang jari papa? Mia masih ingat tak suara mama dengan papa bercakap dengan Mia, tenteramkan Mia bila Mia menangis?..masih ingat lagi ke Mia pada pelukkan mama kala waktu untuk Mia pergi hampir tiba? mama nak cakap masa tu, jangan tinggalkan mama..jangan tinggalkan mama..ketika itu mama masih ada hak ke untuk meminta anak mama tinggal dengan mama..mama kejam ker Mia? masih terbau-bau wangi Mia..masih terbayang-bayang comelnya anak mama walaupun apa orang lain kata, anak mama tetap comel sebab Mia anak mama..bukan anak orang lain..

Papa mesti tahu mama tengah nangis ni..mesti terasa-rasa mama tengah sedih..siap sms mama tanya, "mama ok ke? papa habis dialysis kul 2.30"..mama dah bagitahu papa, mama sedih, mama rindu Mia..

3 comments:

MrsBoxz said...

Perit semua ini bila nk diluah tkterdaya.Mama Damia msh tercari2 mcmana baunya anakku,mcmana bunyi tangisnya,bagaimana halus tgnnya...i cant remember bcoz tksmpat pun nk lalui...its really2 hurt when i think bout dis...esk mama lawat rmhkecil Damia yer...

PangkahBulat said...

Sorry ganggu..=)


Saya sudah follow blog awak..
Awak bila nak follow blog saya..
http://pangkahbulat.blogspot.com/

Min said...

al-fatihah buat anakanda Mia... dia pasti rindu dgn mama n papa dia. moga kita juga akan dikumpulkan di tempat Mia ye mamanurin...

Popular Posts