January 11, 2011

Mama ada dia..tapi

Hampir seminggu mama tak mencoret kat blog mama, hampir seminggu juga hati dan perasaan bercampur-aduk, hampir seminggu juga mama terkejar -kejar dengan tugasan di office dan tanggungjawab mama pada papa. Arggg mama tak tahu apa sebenarnya sekarang perasaan mama saat itu..penat sangat..rasa nak menangis..tapi dah menangis pun bila mengadap DIA yang Maha Mengetahui..kerdilnya mama!

Minggu lepas, mama sibuk dengan pelbagai report yang perlu dihantar, almaklumlah masuk tahun baru, kenalah buat report untuk year end..huhuhuuu tak cukup kaki dan tangan mama ni..nak tarik nafas pun tersekat-sekat..tengahbuat satu laporan, datang lagi permintaan untuk laporan yang lain..wow!! mama dah macam robot..papa pulak macam biasa, time sihat, dia sihat, time datang sakit, haru biru hidup mama..

Seminggu ni, hampir 4 hari papa tetiba kena serangan sakit dada!. kena pula time mama kat office, hati dan perasaan tak tentu arah..airmata sering bertakung bila mana papa call bagitahu dia sakit..tension! mama tak tahu nak buat apa kalau mama kat office dan papa call kata sakit..rasa umpama jiwa dan nyawa separuh dah pergi..sedihnya mama..

Sabtu lepas, mama dengan papa pergiTanjung Harapan kat Klang..ada reunion kawan-kawan sekolah papa. Ada yang sering mama jumpa dan ada yang baru pertama kali. Tengah seronok sembang, ada yang baru memunculkan diri..dah salam-salam masing-masing, tup tup ada suara-suara yang berkata "eh lama tak jumpa, haaa nak interview la, ada anak berapa orang..bla bla bla..mama pasti soalan tu bukan untuk mama  sebab ada dalam dua tiga orang lagi yang bersama mama...hehhe tapi mama tak tunggu dah la kat situ sebab mama rasa sure nanti akan ada soalan yang sama untuk mama..mama lari dok tempat lain hehehee..macam mana yerk mama  nak jawab kalau mama still kat meja tu? satu soalan yang tak mampu mama berikan jawapan.. boleh tak lain kali mama jawab macam ni "so far, anak sorang, gegirl..dah sekolah..kat special school..tak adalah penat nak layan" uhhhh macam tu ker? or jawab macam ni.."ada sorang, girl..tapi tak dapat jaga, sebab ada yang lebih berhak menjaganya..isk isk isk...sedihnya!

Semalam papa sakit lagi, salah makan! geramnya mama..papa ni suka bagi mama susah hati..hati dah penat menangis..penat rasa bila perasaan dan hati kelam kabut..papa ni, tolonglah jaga kesihatan, jaga diri..sementara mama masih ada, boleh lah mama jaga papa..esok papa ada dating dengan doktor lagi..hoping semua ok..

Hari ni pula, dapat call dari makteh mia, tok ayah tak sihat..tadi tokayah rebah kat surau masa solat subuh..aduh! Mia..rasa macam nak terbang balik nak tengok tok ayah..siap pesan kat makteh jangan bagitahu mama..mesti tok ayah tak nak mama susah hati, tak nak mama nangis, almaklumlah mama ni anak tok ayah yang mmg suka nangis..petang tadi call tok ayah, dengar suara tok ayah pun lemah, tok ayah kata, doktor kasi ubat baru, mungkin sebab ubat tu tak serasi dgn tok ayah tu..

Mama rasa letih yang teramat..mama harap, Allah permudahkan segalanya buat mama dengan papa, moga Allah berikan kesihatan yang baik untuk papa, tok ayah, maktok dan seluruh keluarga mama..sedih lah kalau diaorg tu sakit..mama tak sangup tengok dia orang sakit,,

6 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Semoga mama tabah dan sabar dalam menjalani ujian ini.Moga segalanya dipermudahkan buat mama.

Yasmin Nabilah.. said...

huhu..mama..ina baca pun dah terasa penatnya..inikan pula mama yg merasainya.

kdg2 boleh nk tutup mulut org.dan ada yg tak paham dgn keadaan kita..betul tak mama..

Mrsboxz said...

MamaNurin,lainkali kalo ada lg soalan2 mcmtu,jwp mcm Mama Damia jwb ni:---Saya pernah ada anak...fullstop.tp tak tahulah kot2 nant ada soalan2 susulan gak kalo jwb mcmtu...soalan2 berangkai yg tkpnh hbs...huhu

NrlAidaHml said...

SAbar yer mama sayang..Mommy pon nk pinjam kekuatan Mama hadapi semua dugaan ni..Teruskan ketabahan mama yer..

Jiey^Mien said...

Manusia ni selagi tak puas ati dorang, jenuh dia menanya.. kita yang terkesan!
=(

Min said...

sabar ye dik... ujian2 ni semua tanda Allah sayang, Allah nak kita ingat dia selalu. kalau happy je, sihat je, kaya raya tak yah keje, goyang kaki, tak letih, nak apa semua dapat, mesti kita mudah lupakan pemberi nikmat tersebut... Insya Allah! Allahlah tempat kita mengadu dan berharap... moga papa mia sihat & ceria selalu...

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...