January 1, 2011

Rangkuman Hati dan Perasaan

Tahun 2010 telah berlalu, tiba pula 2011, moga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Moga Allah terus memberkati dan merahmati hidup mama dan papa. Tahun 2010, tahun yang penuh dengan dugaan dan cabaran, penuh dengan tangisan dan sengsara, penuh dgn rasa sunyi dan sepi, penuh dengan rasa rindu dan benci.

Hati mama tetiba jadi sebak, jadi sayu bila mengenangkan hari-hari yang mama lalui sekitar tahun 2010, papa tetiba sakit, sakit teruk sangat, silih berganti masuk ward, naik ambulance je dalam setahun dah  3 kali, jiwa rasa tersiksa, hati merana,sedih,  marah semua ada sebab mama tak mampu nak tolong papa bila papa sakit, mama hanya mampu memandang, mendengar keluh resah papa bila sakit, macam Mia dahulu..mama buntu, totaly lost!

Kekadang, mama terfikir, kenapa dugaan silih berganti hadir dalam hidup mama dan papa..kenapa mama dgn papa kena melalui semua ini..adakah sebab mama dan papa alpa pada Dia? terlalu banyak ke dosa mama dan papa? mama rasa masa tu, mama macam tak mampu untuk menghadapi semua ini, tak mampu nak berperang dengan perasaan sendiri, tapi bila saat mama tak mampu nak menanggung segala kepahitan, kesengsaraan dan kesedihan, mama seringkali di bisikkan dengan kata-kata "mama, jangan sedih-sedih, jangan putus harap, jangan cepat menyerah kalah, sebab Allah sayangkan mama, sayang papa, sebab tu Allah berikan dugaan-dugaan pada mama dan papa"..hati mama ker yang berkata atau Mia yang bersuara?

Tahun 2010 disamping berperang dengan tahap kesihatan papa yang tidak menentu, mama masih sempat lagi buat treatment untuk pregnancy, mama sunyi, papa pun sunyi,,tiap hari berperang dengan pelbagai suntikan, 2 kali masuk operation theatre semata-mata untuk memperolehi zuriat sebagai peneman hari tua..tapi Allah masih duga mama lagi, "adik" kecil tak nak dok lama-lama kat dalam perut mama, sama macam Mia, "adik" kecil keluar tika masih baru, hampir 4 minggu..hancur luluh hati, punah harapan mama untuk membuatkan papa melonjak gembira lagi sekali..kenapa ada juga yang masih membuang bayi sendiri, mengapa masih ada lagi yang sanggup membunuh bayi sendiri..sedangkan itu rezeki dari Allah! kesian bayi-bayi yang tidak berdosa, sampai hati ibu sendiri..hati mama sakit..jiwa rasa marah sangat..andai bayi-bayi itu diberikan pada mama, mama sanggup membelanya, letakaje depan rumah mama, insyallah, andai ditakdirkan itu rezeki mama, mama syukur sangat, tapi janganlah dibuang bayi-bayi yang tidak berdosa itu..


sebahagian ubat utk treatment mama




Mama tiada Mia untuk mama berkongsi suka duka membesarkan Mia dengan kawan-kawan mama, saban waktu yang berlalu, tiada yang dapat mama kongsikan, cuma kenangan-kenangan 3 tahun yang lepas, saat Mia lahir, saat Mia tenat, saat hati mama hancur berkecai bilamana terpaksa memandikan anak mama buat kali pertama dan terakhir..sejak itu, mama sudah pandai bermain rindu, telah pandai merindui..bukan tak pernah mama rasa rindu, tapi rindu pada Mia lain sangat, rindu yang tak terluah dek perkataan..rindu yang membunuh mama dalam diam..rindu itu rindu yang terlalu pedih dan bisa..tiada potret terbaru Mia dlm simpanan mama, hanya potret hidup Mia selama 3 hari di dunia yang kejam ini..

Mia 3 tahun yang lepas..tetap sama sampai bila2


genggaman yang kurindu
Segala yang terjadi, dugaan yang melanda, mama harap mama akan mampu terus bertahan, akan mampu terus kuat dan tabah untuk terus melayari kehidupan bersama papa, papa yang sering menyorokkan kesakitan, yang sering menyembunyikan masalah dan masih lagi cuba untuk menceriakan hidup mama, yang masih cuba untuk membuatkan mama berfikir,yang papa tak sakit walaupun dia sebenarnya sakit.

Moga Allah terus berkati hidup mama dan papa sempena tahun baru ini, moga Allah teruskan berikan mama dan papa tubuh badan yang kuat, kesihatan yang baik dan rezeki yang diberkati dan dirahmati olehNYA. Mama juga berharap, tahun baru ni akan ada rezeki dari ALLAH yang mama ingin sangat..

             “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik.

8 comments:

Cery said...

salam thn baru..sabbar ye..Alah takkan menguji hambaNya jika hambaNya tak mampu.. and i know u r such a strong lady
jemput2 ke blog..

Mayyonnizz said...

slm..mama...

xper mama takde kenangan or gambar.. kerana kalu ade pun hany akan buat perasaan jd remuk redam.......

mama ayu doakan mama... akan dikurniakan anak perempuan yang sebaik2 anak2 kita yang telah pergi dulu...amin..

thanxs selalu bg support pada ayu... :))

Yasmin Nabilah.. said...

Amin.. Moga tahun 2011 mendatangkan kebahagiaan dan cahayamata baru untuk mama.. InsyaAllah.. :)

MaMaNuRiN said...

salam ayu,

isk isk jgn sedih yer mummy, nanti alanna pun cedih..tak apa alanna ada kakak mia jaga dia hehehe..

insyallah,amin amin amin moga ada rezeki lagi untuk mama dgn mummy.

ina, insyallah amin amin amin

Bicara hati ibu aisya said...

Salam mama..
Mama xmaulah sedih-sedih yer.insyaallah akan ada rezeki untuk mama.saya doakan moga sinar 2011 akan lebih terang untuk mama dan papa.Moga segala yang diimpikan tercapai dan moga akan hadir cahayamata untuk mama.

p/s:hug n kiss dari aisya untuk mamanurin.

Mawar said...

mamanurin

kami sekeluarga doakan moga mamanurin mendapat zuriat dlm waktu terdekat ini, agar kesunyian tdk terus membelenggu hidup ini.

teruskan berdoa, jgn putus harap, ALLAH Maha Mendengar, InsyaALLAH

MrsBoxz said...

Mamanurin,entry yg sgt sgt sgt menyentuh ht.sy rasa benda yg sama.I feel the same too.Now new year tiada ertinya lg bg sy krn thn 2010 tlh meninggalkan luka yg sgt perit utk diingati stiap saban waktu dan detik.pahit utk menelannya,tp trpaksa jua ditelan.Semoga ada mnsnya nant utk kita...aminnn

Min said...

mamanurin,

sesungguhnya yakinlah Allah Maha Mengetahui... apa yang diberikan dan telah ditentukan buat kita mmg tlh tersurat di Luh Mahfuznya. yang penting, beriman & yakin serta redha dgn semua ini akan menjadikan kita insan paling bahagia di 'sana'. Mia menunggu mama di sana, jgn jadikan penantiannya sia2, kita perlu berusaha melayakkan diri kita bersamanya nanti... ok, take care n jgn sedih2 ye... k.min doakan kalian berbahagia & dikurniakan kesihatan berpanjangan di tahun baru ini...

Popular Posts