April 14, 2012

Dating Day

Di pagi hari Sabtu, mama dengan papa dah bangun awal sebab hari ni papa ajak tengok movie. Sangat seronok kalau tengok movie dengan papa. Jadi, seawal jam 8 lebih masing-masing dah bersiap, mama dah siap kemas rumah, buang sampah then terus keluar pergi breakfast. Wah!!! bestnya dapat keluar weekend ni gara-gara kaki mama sakit. Tapi sebab nak layan movie, sakit kaki tu mama buat selamba je, papa pun tak kisah kalau mama jalan lambat..yer ker?


Breakfast lontong and papa pula makan roti canai kosong, tempat biasa kat Sungai Buloh, Warung Paklong. Lontong kat situ sangat sedap, kuah dal roti canai pun sedap, dal yang telah di blender!! pekat! memang sedap. Lepas breakfast terus pergi OneUtama kat Damansara  nun masa tu dah jam 9.20 pagi, terus naik  ke Entertainment Floor, dapat parking yang cantik, bukan sebab parking tu ada hiasan dsbnya tapi parking tu dekat dengan bowling centre, dekat dengan GSC Cinema, dekat dengan auto pay! Mulanya papa nak main bowling dulu sebelum tengok wayang tapi kebetulan ada tournament Angkasa dengan Media 2012, so terpaksalah papa melupakan hasratnya. 

Movie start jam 11 pagi..Battleship!! wow!! sangat seronok layan cerita tu. Dapat chicken hotdog, dapat popcorn and air..ummm papa bayar!! bestkan. Ramai juga yang tengok cerita Battleship ni, dan kebetulan jumpa big boss department sebelah mama, ahaks, duduk sebelah kerusi lagi. Layan jelah yer Mr Tee.
samgat best!
Lepas habis movie, jalan pergi Jusco atau sekarang dengan nama baru Aeon. Always tempat favourite mama. Tempat yang mama paling suka dan paling pandai nak shopping. Tak pandai nak pergi shopping kat Isetan, Sogo or Parkson sebabnya entah, memang tak pandai, mama dah cuba tapi mama lebih selesa shopping kat Aeon.Ummm dapat jadi duta Aeon pun best ni. Boleh ker? Papa belikan track bottom untuk mama, sebab next week mama ada course, kena masuk hutan kata ahli-ahli committee. Cari kasut tak jumpa kat dalam Aeon tu. Then keluar jalan-jalan lagi, cari kedai sport. Ambik ko!! tapi mama tak beli kasut pun, mama berkenan kat sandal! harga? ummmm baik beli kasut tapi papa kata, "ikut suka mama lah, mama yang nak pakai". Adik sales tu bagitahu mama, (itu pun mama tanya) sandal yang mama suka ni, adalah untuk sukan adventure contoh masuk hutan, hiking, panjat dinding! wahhh best, memang nak kena guna untuk aktiviti next week ni. Mama suka, papa pun tak banyak songeh, papa bayar! terima kasih papa!!!
sandal mama lebih kurang macam ni..
Kaki mama? sakit juga bila berjalan tapi dah beli spray untuk muscle kat Aeon Wellness. Beli sekali pelembab muka mama and pencuci muka papa. Hahahaha papa bayar lagi, yang bestnya papa baru tahu harga spray muscle mama lagi mahal dari harga pelembab dan pencuci muka setelah sampai rumah. -:) apalah papa ni, main bayar je kan. Tak apa, duit papa, bukan duit mama. Tadi mama dah spray kaki mama yang sakit, hoping akan ok sehari dua lagi sebab takut menyusahkan orang lain time course nanti.
spray kaki sakit

Pergi makan pizza sebelum balik rumah, papa belanja lagi. Pendek kata, kalau mama tak bawa handbag pun, mama rasa ok. Opsss lupa, tadi ada masuk kedai MAC..ummm dah request kat papa hadiah birthday..papa diam aje..boleh yer papa? tak elok kedekut hohoho dengan mama sebab this month birthday mama, next month birthday papa pula.

Dalam kereta, mama cakap dengan papa.."mama seronok sangat, bahagia sangat sebab tengok wayang best dengan papa, shopping dengan papa, makan sedap dengan papa..terima kasih yer" then papa cakap apa tau "ehh senangnya nak kasi mama bahagia..macam tu yer". Ceh!!! papa  ni hehehehe. Esok tak pasti ke mana but maybe stay kat rumah aje.

Masih lagi berdua menikmati saat indah bersama, kebahagian bagi mama, bila mama bersama papa, tak kira susah dan senang, tidak kira suka dan duka, mama pasti bahagia. Bahagia sebenarnya adalah bila kita dapat mengembirakan yang lain. Masih berharap kegembiraan dan kebahagian mama dan papa akan berganda dengan kehadiran si kecil. 


1 comment:

Mummy Sher said...

Salam kenal. I dah follow blog ni. Follow i balik ye..tq..;)

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...