April 4, 2012

Resepi Hati

Hari ini, mama bangun seawal 4 pagi untuk preparekan breakfast seperti permintaan papa petang semalam. Papa minta mama buatkan mee goreng untuk papa. Nak bawa bekal katanya untuk dialysis pagi ni. Memang la tempat dialysis tu ada kasi makan tapi kekadang tu, patient ni dibuat macam meminta minta pulak, asyik makanan yang sama aje. Tak ada inisiatif langsung nak naikkan sikit harga makanan untuk patient. Roti kat pasaran pun RM1++ tau. Kalau macam papa tu ok lah kut masih boleh bertahan or buat tak tahu since kalau mama tak preparekan breakfast, on the way hantar mama pergi office, boleh singgah beli kuih dan sebagainya, ni makcik pakcik yang lemah dan tua tu macam mana kan? Jenuh menahan lapar walaupun ada la juga yang bawa bekalan tapi hak patient tetap kena beri..kalau tegur kat lupa!

Hoping, papa sukakan mee goreng mama ni sebab mama goreng dengan penuh kasih sayang, walaupun mama tak pandai merasa ketika memasak, cukup garam kah, cukup pedas or manis kah..memang mama failed tapi mama percaya, mama telah memasak untuk papa dengan kasih sayang jadi memang berharap sangat papa menyukai mee goreng mama!

Dalam mee goreng tu, ada rasa gembira, bahagia dan rasa mengada-ngaa pun ada, disulami dengan rasa sayu serta pilu..rasa sedih sebab pagi ni, tengah-tengah mama gorengkan mee tu, hujan turun..tip tap tip tap...dengar titisan hujan di merata-rata, kena piring astro, kena lantai, kena bumbung..tetiba rasa sunyi..sepi sangat-sangat!!! Rasa rindu yang mendalam..Argggg menangis dalam hati..

3 comments:

Mayyonnizz said...

of course lah papa suka mee goreng mama, sebab tu papa suruh buatkan.... :))

Sizuka said...

hubby sy pun request nak mkn mee grg.. tp ptg ni lepas blk kerja baru masak.

Mamanurin said...

Alhamdulillah..nampak papa happy. Harini goreng 2 bungkus so dpt bawa utk kawan2 opis..

Popular Posts