Qaseh batuk dan selsema hampir dua minggu, demam kejap ok kejap tidak. Paling teruk last week yang muntah dan cerry berry yang memaksa mama bawa dia ke bahagian kecemasan hospital.
Disebabkan bahagian kecemasan terlalu ramai orang, tempoh menunggu menjadi sangat lama berbanding tempoh berjumpa doctor. Walaupun doctor tak admit Qaseh malam tu, doctor bagitahu andai dua hari makan ubat still tak ok, maka Qaseh kena follow up lagi.
Tiada mama yang ingin melihat anaknya sakit even diri sendiri pun tak berapa nak sihat. Mama susah hati bila tiap malam tidur, batuk yang teruk sering datang disturb Qaseh, membuatkan mama set appointment dengan paed specialist.
Semalam jumpa paed fav Qaseh, terus kena admit gara-gara Acute Bronchitis dan fever sikit. Maka bermula la sesi nebulizer setiap 3 jam dan sesi fisio pagi dan petang. Kesian Qaseh.
Mama rasa letih. Rasa mengantuk sangat hinggakan kadangkala tengah pegang hp pun, hp boleh jatuh sendiri. Betapa kroniknya mama. Sangat susah bilamana the other half tak ada. Semua kena atur sendiri, even nak pergi toilet pun krna tunggu Qaseh tidur nyenyak or ada orang dalam bilik sebab Qaseh sangat aktif walaupun sakit.
Moga Allah kuatkan mama dan permudahkan segalanya utk mama.
3 comments:
be strong qaseh..demi mamA
be strong qaseh demi mama
Salam.
Semoga mama tabah dgn segala dugaan ini. InshaAllah...semoga Allah akan permudahkan segala urusan mama.
Post a Comment