February 2, 2009

Cerita Minggu Chinese New Year




















Last week perayaan tahun baru cina. Best sungguh..sebabnya cuti panjang. Last week juga aku balik kampung, rindunya pada kampung..sebenarnya bukan rindu kampung, tapi rindu nak makan masakan mak, rindu anak-anak sedara. Aku balik hari Sabtu pepagi lepas subuh.

Hampeh!!! ingatkan jalan tak jammed..tapi jammed jugak..yang buat aku angin satu badan, lorong laju yang tak bergerak. Arggggg inilah lebuhraya di negara kita..tapi tak apa, sebab dah lama tak balik, aku tahan aje sabar aku. Hubby tetap cool walaupun kekadang tu aku sengaja panaskan dia dgn ngomelan aku.

Akhirnya dlm kul 12.00 tengahri baru sampai kampung, mr.boss call minta ambik adik dan anak sedara kat hospital. Baby jaundice but dah ok that's why dah boleh kuar sepital. For the first time, aku dapat lihat anak sedara ku yang baru ni..umphhhh comelnya..gedebab nya pipi dia..hati terdetik, wajahya ada iras "arwah mia" anak ku.

Sejak aku tiba di kampung, penat giler melayan karenah si anak2 sedara walapun tak ramai tapi aduh!!!!kekadang menguji kesabaran jugak. Si baby kecik still ada jaundice lagi..kena pergi hospital untuk ambil darah setiap hari, mak long dan paklong lah yang menghantar..siannya iman harith maklong..lebam lebam tangan halus dia kena ambik darah. Seronok betul mengulit si baby ni.

Pergi ziarah "rumah" arwah Mia..pokok nenas dihujung kepala dan kaki dah besar..dah ada buah nenas. Moga anak mama mendoakan mama dan papa di sana. Rumput halus kat kubur arwah telah diracun..dah lah susah nak tanam, ada pulak yang meracunnya.. Tak apa, mama kemas dulu kubur sayang, nanti bila mama dgn papa balik lagi, kami tanam rumput tu lagi yer. Rindunya kat Mia.

Aku balik KL isnin malam selasa..hampehhhh!!! kereta buat hal pulak, lampu depan tak nyala..dah turn balik nak ke rumah mak, but sampai jalan nak masuk rumah, rasa macam tak syok pulak..takut kena marah hehehhehe so teruskan aje perjalanan balik KL dengan memasang emergency lamp..tak ke giler punyer keje..syukur sesangat, perjalanan di permudahkan.

No comments:

Laut Biru

lautan biru tenang dan damai disini pasti beriringan ditepian pantai suatu hari nanti lautan biru kadangkala gelora kadangkala tenang...